WEBINAR Space Economy Development And Innovations anjuran Kedutaan Finland di Malaysia, Business Finland dan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA)

10 Februari 2022 – Ketua Pengarah MYSA, YBrs. Tuan Haji Azlikamil Napiah bersama-sama Duta Besar Finland ke Malaysia, TYT Sami Leino telah dijemput menyampaikan ucapan aluan dalam sesi Webinar Space Economy Development And Innovations anjuran Kedutaan Finland di Malaysia, Business Finland dan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).

.
Sesi webinar ini adalah bertujuan untuk memberi gambaran keupayaan sektor angkasa Finland dan Malaysia serta sebagai platform perbincangan mengenai potensi kerjasama masa hadapan antara syarikat dan organisasi di Malaysia dan Finland dalam sektor angkasa. Finland dan Malaysia mengiktiraf kepentingan sektor angkasa sebagai penyumbang kepada daya saing ekonomi.

.
Panel jemputan lain adalah YBrs. En. Markus Ranne, Ketua Program, Business Finland – Finnish New Space Economy Landscape; YBrs. En. Naguib Mohd Nor, Presiden Malaysia Aerospace Industry Association (MAIA); YBrs. En. Joseph Ow Yong, Pengurus Kanan Serantau, ICEYE; YBrs. En. Jarkko Antila, Ketua Pegawai Eksekutif, Kuva Space; YBrs. En. Tauno Vähä-Heikkilä, Naib Presiden, Microelectronics, VTT; YBrs. Dr. William Lim, Pengarah Eksekutif, Angkasa-X; dan YBrs. En. Izmir Yamin, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas, Independence-X.

.
Sesi perbincangan dan soal jawab telah dikendalikan oleh YBrs. Dr. Elena Woo Lai Leng, Pegawai Penyelidik, MYSA.

#MYSA #MOSTI
#STI #STIE #R&D #STEM
#MOSTIhebat #KeluargaMalaysia #Bekerjabersamarakyat #KitaMestiMenang #KitaJagaKita 

#KemakmuranBersamaTeknologiAngkasa 

 
 
Webinar MYSA dan Finland