MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

YBrs. Tuan Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) hari ini telah dijemput untuk menyampaikan ucaptama bertajuk ‘Space Technologies in Agricultural Management’ di International Conference on Tropical Agriculture (ICTA) 2022 yang diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Persidangan antarabangsa anjuran Academy of Tropical Agricultural Sciences Association (ATAS) ini berlangsung pada 26 hingga 28 Mei 2022 secara hibrid bertemakan ‘Tropical Agriculture IR4.0’.
.
Dalam ucaptama tersebut, beliau telah menyampaikan pembentangan berkaitan hala tuju sektor angkasa negara yang turut menyumbang impak positif dalam pengurusan pertanian.
.
Panel jemputan lain yang turut menyampaikan ucaptama semasa sesi ini ialah Mr. K. K. Khor daripada LintraMax, Malaysia. Sesi ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Datin Paduka Setia Dato’ Dr. Aini Ideris, Pro-Canselor International Medical University (IMU).
Skip to content