MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

‘THE FIRST EXPERT EXCHANGE SEMINAR ON SPACE POLICY: EMPOWERING ASEAN SPACE CAPACITY TOWARDS NEW SPACE ECONOMY’ PADA 25-26 OKTOBER 2023
Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah menganjurkan ‘THE FIRST EXPERT EXCHANGE SEMINAR ON SPACE POLICY: EMPOWERING ASEAN SPACE CAPACITY TOWARDS NEW SPACE ECONOMY’ pada 25-26 Oktober 2023 bertempat di MYSA, Kuala Lumpur.
.
Seminar ini diadakan sempena Sambutan Minggu Angkasa Sedunia (WSW2023) yang diadakan pada bulan Oktober 2023. Objektif seminar ini adalah untuk berkongsi ilmu dan pengalaman di kalangan negara ASEAN dalam mempromosikan pembangunan dan pelaksanaan perundangan angkasa di rantau Asia Tenggara. Seminar ini juga bertujuan untuk meningkatkan kapasiti dan keupayaan negara rantau Asia Tenggara dalam pembangunan polisi serta perundangan angkasa dan bertindak sebagai medium perbincangan yang membincangkan pengalaman dan cabaran yang dihadapi dalam membangun dan melaksanakan polisi dan perundangan angkasa.
.
Perasmian seminar ini telah disempurnakan oleh YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA. Sesi seminar pada hari pertama telah dimulakan dengan pembentangan yang disampaikan oleh Ms. Rosanna Margarita Hoffman (UNOOSA), Dr. Mardianis (Secretariat of Indonesian Space Agency National Research and Innovation Agency, BRIN), Mr. Jayson A. Aguila (Philippine Space Agency, PhilSA), YBrs. Puan Norafiza Saleha binti Sahlan (MYSA), dan YBrs. Puan Sholehah binti Ismail (MYSA). Manakala Mr. Driss El Hadani, Senior Advisor (UNOOSA) telah menyampaikan pembentangannya secara dalam talian.
.
Seramai lebih 50 peserta yang terlibat dalam bidang polisi dan perundangan angkasa di Malaysia dan negara ASEAN (Indonesia, Thailand, Filipina, Singapura, Cambodia, Laos dan Timor Leste) telah menghadiri seminar tersebut.
.
Skip to content