Penglibatan aktif Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dalam program serantau berkaitan sains dan teknologi angkasa adalah selaras dengan Teras 5 Dasar Angkasa Negara 2030 (DAN2030) iaitu Meningkatkan dan Mengukuhkan Kerjasama serta Jaringan Antarabangsa.
.
Delegasi MYSA diketuai oleh YBrs. Puan Nik Mazlina binti Nik Mustapha, Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan Teknikal dan Operasi [TKP(T)] ) telah menyertai Thailand Space Week 2024 pada 7 – 9 November 2024, anjuran Geo-Informatics and Space Technology Development Agency (GISTDA) bertempat di Impact Muang Thani, Bangkok, Thailand.
YBrs. TKP(T), MYSA dijemput sebagai panel mewakili negara berkongsi peranan dan hala tuju sektor angkasa Malaysia bagi forum Space Leader Forum dan Unveiling ASEAN Space Ecosystems.
MYSA berpeluang untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan teknologi angkasa negara melalui aktiviti pameran.
.
Terdahulu, YBrs. TKP(T) , MYSA telah mewakili Malaysia dalam mesyuarat Twenty-Eight Session of The Intergovernmental Consultative Committee On The Regional Space Applications Programme For Sustainable Development (ICC-28), anjuran Economic and Social Commission for Asia and The Pacific (ESCAP) dan GISTDA pada 5 hingga 7 November 2024 di tempat yang sama.
.
Program seumpama ini dapat meluaskan jaringan antara penyelidik, penggubal dasar, pemain industri dan pelabur dalam pembangunan teknologi angkasa.