.
YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA telah berkongsi mengenai peranan MYSA, senario ekonomi angkasa global, Ekonomi Angkasa ASEAN dan kerjasama serantau. Dengan ada eskosistem angkasa negara yang kukuh – wujudnya dasar dan pelan hala tuju yang strategik, akta dan peraturan yang telah berkuat kuasa penuh, asas industri yang kuat seperti industri Elektrik &Elektronik (E&E) dan Maintenance, Repair & Overhaul (MRO) dalam bidang aeroangkasa serta program sains dan teknologi angkasa yang ada di institusi pendidikan tinggi, negara perlu merebut peluang atas manfaat ekonomi daripadanya.
.
Cabaran itu ada, pastinya. Namun, kita perlu optimis. Penumpuan kini terarah untuk membangun aktiviti huluan (upstream) teknologi angkasa – menerusi pendekatan yang lebih terbuka dan berstrategi dengan penyertaan pihak swasta melalui:

Program Pembangunan Satelit Penderiaan Jauh Negara (PSPJN), satelit remote sensing ketiga negara;

Program Pembangunan Bandar Angkasa (Space City); dan

Program Pembangunan Kemudahan Pelancar di Malaysia.
.