๐
๐
๐
ก๐
๐
๐
๐
๐
๐
ค๐
๐
๐
๐
๐
๐
๐
ค๐
๐
๐
๐
ก๐
ฆ๐
๐
ก๐
๐
๐
๐
๐
๐
๐
ก๐
๐
๐
๐
ย
Pada 26 Mei 2021 (Rabu), fenomena gerhana bulan penuh atau dipanggil ‘๐๐ช๐ฅ๐๐ง ๐๐ก๐ค๐ฌ๐๐ง ๐ฝ๐ก๐ค๐ค๐ ๐๐ค๐ค๐ฃ’ akan menyebabkan Bulan kelihatan berwarna kemerahan selama kira-kira 14 minit pada fasa gerhana penuh. Fenomena gerhana ini akan berlaku selepas beberapa jam Bulan berada pada kedudukan yang paling hampir dengan Bumi (perigee).
ย
๐๐๐ก๐๐ฃ๐ ๐ก๐๐ ๐ฃ๐๐ ๐ช๐๐ฅ๐ก๐ ๐ ๐๐ฅ๐๐?
Fenomena ini disebut sebagai serakan Rayleigh, iaitu fenomena yang menyebabkan matahari kelihatan kemerahan ketika matahari terbit dan terbenam, pelangi kelihatan berwarna-warni dan langit kelihatan kebiruan.
ย
๐๐ฎ๐ต๐ฎ๐๐ฎ ๐ ๐ฎ๐๐ฎ๐ต๐ฎ๐ฟ๐ถ
Semasa Gerhana Bulan Penuh, Bumi menghalang cahaya Matahari daripada sampai ke permukaan Bulan. Apabila Bulan berada sepenuhnya dalam bayang umbra Bumi, cahaya Matahari masih boleh sampai dan menyinari Bulan. Cahaya Matahari akan melalui atmosfera Bumi terlebih dahulu dan kebanyakan cahaya warna biru akan ditapis. Cahaya yang tertinggal ialah warna merah atau jingga yang lebih malap berbanding dengan cahaya putih Matahari.
ย
๐๐๐บ๐ผ๐๐ณ๐ฒ๐ฟ๐ฎ ๐๐๐บ๐ถ
Atmosfera Bumi juga membiaskan sebahagian cahaya Matahari dan hanya sebahagian kecil sahaja yang sampai dan menyinari Bulan. Kesan penapisan dan pembiasan cahaya matahari oleh atmosfera Bumi menyebabkan Bulan kelihatan merah semasa gerhana maksimum. Jika Bumi tiada atmosfera, maka Bulan akan berada dalam keadaan gelap sepenuhnya semasa berlakunya Gerhana Bulan Penuh.