MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Plage & Prominens Matahari

TM6

PENERANGAN:

Kelihatan seperti buah limau oren sunkist tetapi ini adalah imej Matahari yang dirakam dengan menggunakan penapis H-alpha (hydrogen-alpha) yang telah dicerap dari Observatori Negara Langkawi (ONL) pada jam 4:52 petang pada 5 Mac 2021.

Penapis H-alpha hanya membenarkan cahaya yang mempunyai gelombang 656.3 nanometer untuk melaluinya dan digunakan untuk mencerap lapisan atas Kromosfera Matahari. Kawasan yang telah dibulatkan pada imej Matahari ini dikenali sebagai “plage” yang menunjukkan ciri medan magnet yang aktif. Fenomena ini selalunya disusuli dengan pembentukan kumpulan tompok matahari baharu. Selain itu, terdapat juga kenampakan prominens* di permukaan Matahari.

*Plage merupakan ciri kromosfera lapisan rendah yang sering mengelilingi tompok Matahari. Ia menunjukkan kawasan medan magnet yang berkaitan dengan tompok Matahari.

*Prominens ialah fenomena gelung besar gas bercahaya yang berlaku di permukaan matahari.

.

#MYSA #MOSTI #ONL #EksplorasiAngkasaLepas
#STI #DSTIN #MySTIE
#LindungDiriLindungSemua #KitaJagaKita #AmalanNormaBaharu 

#BersamaHentikanWabakCovid19 #KemakmuranBersamaTeknologiAngkasa 

 
Skip to content