Fenomena “Lunar Occultation of Mars” telah dirakam melalui teleskop di Observatori Negara Langkawi pada 17 April 2021 sekitar jam 9.11 hingga 9.14 malam. Ketika fenomena tersebut berlaku, bulan berada dalam fasa bulan sabit (24%).
Secara umumnya, “Occultation” (dalam astronomi) bermaksud kejadian yang melibatkan sebuah objek melintasi di hadapan objek lain, di mana semasa keadaan ini berlaku cahaya objek di belakang akan terlindung sepenuhnya atau kadang-kadang sebahagian sahaja cahayanya akan terlindung.