MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Fenomena Hujan Meteor Quadrantids

TM40
TM40a
Fenomena Hujan Meteor Quadrantids berlaku setiap tahun apabila Bumi beredar mengelilingi Matahari merentasi laluan orbit asteroid yang dinamakan 2003 EH1. Sebahagian daripada asteroid ini terurai menjadi serpihan debu dan habuk akibat kesan keretakan haba yang kuat dan seterusnya terserak ke dalam laluan orbitnya. Asteroid dengan kelebaran 3km ini mengambil masa kira-kira 5.5 tahun untuk mengorbit mengelilingi Matahari.
.
Perkataan Quadrantids ini merujuk kepada titik kemunculan hujan meteor di langit iaitu di kawasan buruj Quadrans Muralis, sebuah buruj yang sudah tidak lagi digunakan. Kawasan tersebut sekarang dikenali sebagai buruj Bootes dan hujan meteor ini turut dinamakan sebagai Bootids. Walau bagaimanapun, kemunculannya masih boleh berlaku dari pelbagai arah. Kebanyakan kemuncak hujan meteor berlaku selama kira-kira dua hari tetapi kemuncak hujan meteor Quadrantids ini hanya berlaku dalam beberapa jam sahaja kerana Bumi melintasi aliran zarah yang nipis tersebut secara bersudut serenjang (tegak lurus).
.
Nota kaki:
◾Bootes atau dikenali sebagai Gembala atau Pembajak ialah sebuah buruj di langit utara. Sekumpulan bintang yang kedudukannya berlambangkan gembala atau pembajak.
◾Asteroid merupakan satu daripada ribuan jasad kecil cakerawala yang mengelilingi Matahari, terutamanya di antara orbit Marikh dan Musytari.
Skip to content