Imej komet 67P/Churyumov-Gerasimenko ini telah dirakam melalui sistem teleskop di Observatori Negara Langkawi pada 8 Disember 2021.
.
Komet ini telah ditemui oleh Klim Ivanovic Churyumov dan Svetlana Ivanova Gerasimenko pada 22 Oktober 1969 di Balai Cerap Alma-Ata (kini dikenali sebagai Balai Cerap Tien Shan), Kazakhstan. Komet tersebut mengambil selama 6.43 tahun untuk mengorbit Matahari. Sehubungan dengan itu ia menjadi antara tumpuan kepada kapal angkasa untuk penyelidikan.
.
Komet 67P/Churyumov-Gerasimenko telah mencipta sejarah kerana merupakan komet pertama yang diorbit dan dilawati oleh robot dari Bumi. Agensi Angkasa Eropah (ESA) dalam misi kapal angkasa Rosetta yang membawa pendarat Philae telah bertemu dengan komet ini pada Ogos 2014 dan mengiringinya sepanjang perjalanan ke dalam dan keluar semula dari Sistem Suria.
.
Kelebaran nukleus komet 67P/Churyumov-Gerasimenko dianggarkan 4.2km dan mempunyai dua lobus. Para saintis percaya yang pembentukan dua lobus tersebut disebabkan oleh pelanggaran serpihan batu berais yang telah berlaku secara perlahan semasa fasa awal pembentukan Sistem Suria pada 4.5 billion tahun dahulu.
.
Komet 67P/Churyumov-Gerasimenko berada pada kedudukan yang paling hampir dengan Matahari (perihelion) pada 3 November 2021 dan paling hampir dengan Bumi pada 12 November 2021, iaitu 61 juta km dari Bumi.
.
Komet 67P/Churyumov-Gerasimenko sukar dicerap dengan mata kasar. Walau bagaimanapun, masih boleh dicerap dengan menggunakan teleskop. Komet tersebut boleh dilihat di langit malam Malaysia dan berdekatan dengan buruj Cancer sepanjang November 2021 hingga Februari 2022 dengan magnitud kecerahan 9 hingga 13.
.
Nota kaki:
*Komet: jasad cakerawala terdiri daripada gumpalan batu, ais dan debu serta campuran gas yang bergerak mengelilingi Matahari dalam Sistem Suria. Ia membeku apabila menjauhi Matahari tetapi akan mengewap membentuk kepala gas dan ekor apabila mendekati Matahari.
*Unit Astronomi (๐๐ด๐ต๐ณ๐ฐ๐ฏ๐ฐ๐ฎ๐ช๐ค๐ข๐ญ ๐๐ฏ๐ช๐ต) disingkatkan sebagai AU: jarak purata antara Matahari dan Bumi. 1AU bersamaan dengan 1.5 x10โธ km
*Perihelion: kedudukan dalam orbit apabila sesuatu planet atau komet berada paling hampir dengan matahari
*Magnitud ketara: kecerahan sesuatu objek di langit malam.
*Buruj Cancer: buruj zodiak di hemisfera utara berhampiran dengan Ursa Major yang tidak jelas kelihatan dan bintang tercerah terdiri daripada bintang magnitud keempat. Buruj ini mengandungi bintang berubah berpasang, termasuk system bintang berbilang Zeta Cancri, gugus selerak Praesepe dan M67.
.
SUMBER:
https://solarsystem.nasa.gov/…/67p-churyumov…/in-depth/
https://earthsky.org/…/famous-comet-67p-c-g-closest…/
https://www.esa.int/…/Comet_67P_Churyumov-Gerasimenko
https://ssd.jpl.nasa.gov/horizons/app.html#/
.
ย