TELESKOP MYSA 36

Fenomena Hujan Meteor Geminids

Fenomena Hujan Meteor Geminids

Fenomena Hujan Meteor Geminids berlaku setiap tahun apabila Bumi beredar mengelilingi Matahari merentasi laluan orbit asteroid, iaitu 3200 Phaethon yang sebahagiannya terurai menjadi menjadi serpihan debu dan habuk akibat kesan keretakan haba yang kuat terlepas ke dalam aliran orbitnya. Fenomena tersebut merujuk kepada titik kemunculan hujan meteor di langit iaitu di kawasan buruj Gemini tetapi kemunculannya masih boleh berlaku dari pelbagai arah.

.

Tidak seperti kebanyakan hujan meteor yang lain, Hujan Meteor Geminids tidak dikaitkan dengan komet tetapi dengan asteroid, iaitu 3200 Phaethon. Asteroid dengan kelebaran 5km ini mengambil masa kira-kira 1.4 tahun untuk mengorbit Matahari, dan jarak terdekatnya dengan Matahari kira-kira 21 juta kilometer, iaitu satu pertiga daripada jarak purata antara Utarid dengan Matahari menjadi penyebab berlakunya keretakan haba (thermal fracturing). Akibat kejadian ini, serpihan 3200 Phaethon yang masuk ke atmosfera Bumi pada kelajuan kira-kira 130,000km per jam ini akan mengewap sebagai meteor Geminids yang berwarna-warni.

.

Nota kaki:

Gemini ialah kumpulan bintang yang kedudukannya berlambangkan budak kembar.

Utarid ialah planet yang paling dekat dengan Matahari dalam Sistem Suria. Jarak purata Utarid dengan Matahari adalah 58 juta kilometer.

Asteroid merupakan satu daripada ribuan jasad kecil cakerawala yang mengelilingi Matahari, terutama¬nya di antara orbit Marikh dan Musytari.

.

SUMBER RUJUKAN

  1. https://earthsky.org/…/everything-you-need-to-know…/
  2. https://www.planetary.org/articles/your-guide-meteor-shower
  3. https://in-the-sky.org/news.php?id=20211214_10_100
  4. https://www.timeanddate.com/…/meteor-shower/geminids.html

 

#MYSA #MOSTI #Meteor #Geminids

#BekerjaBersamaRakyat

#KeluargaMalaysia #KitaJagaKita #KemakmuranBersamaTeknologiAngkasa