Gerhana matahari penuh pada 4 Disember 2021 hanya akan dapat dilihat di kawasan benua berais iaitu Antartika. Fenomena Gerhana Matahari Penuh ini berlaku pada 0.1 hari sebelum Bulan berada pada kedudukan perigee, iaitu titik orbit Bulan yang berada pada kedudukan terdekat dari bumi dengan jarak 356,793km.
.
Gerhana ini berlaku apabila Bulan melindungi permukaan Matahari secara keseluruhan iaitu ketika Bulan berada di titik paling dekat dengan Bumi (perigee). Ia hanya dapat dilihat sekiranya anda berada di laluan bayang-bayang umbra Bulan.
.
Laluan Gerhana Matahari Penuh (Lintasan Bayang Umbra Bulan) dengan lintasan selebar 418.7km ini akan bermula di Lautan Selatan iaitu kira-kira 500km dari bahagian tenggara Kepulauan Falkland, melintasi benua Antartika dan berakhir di Lautan Selatan. Kemuncak gerhana akan berlaku di Antartika dengan tempoh maksimum fasa Gerhana Penuh selama 1 minit 54 saat. Keseluruhan fenomena Gerhana Penuh ini berlangsung sekitar 1 jam 6 minit.
.
Gerhana Matahari Separa akan kelihatan dalam lingkungan bayangan penumbra Bulan yang lebih luas meliputi benua Antartika, Lautan Atlantik Selatan serta hanya sebahagian kecil kawasan paling selatan di Amerika Selatan, Afrika, New Zealand dan Australia.
.
๐๐ฒ๐ป๐ผ๐บ๐ฒ๐ป๐ฎ ๐๐ฒ๐ฟ๐ต๐ฎ๐ป๐ฎ ๐ ๐ฎ๐๐ฎ๐ต๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐ฃ๐ฒ๐ป๐๐ต ๐ฝ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐ฐ ๐๐ถ๐๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฒ๐ฟ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ญ ๐ถ๐ป๐ถ ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐น๐ฎ๐ธ๐ ๐บ๐๐น๐ฎ๐ถ ๐ท๐ฎ๐บ ๐ญ๐ฏ:๐ฎ๐ต:๐ญ๐ญ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ธ๐ต๐ถ๐ฟ ๐ฝ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐ท๐ฎ๐บ ๐ญ๐ณ:๐ฏ๐ณ:๐ฎ๐ฏ ๐๐ฎ๐ธ๐๐ ๐ ๐ฎ๐น๐ฎ๐๐๐ถ๐ฎ. Malangnya, ๐ฟ๐ฎ๐ธ๐๐ฎ๐ ๐ ๐ฎ๐น๐ฎ๐๐๐ถ๐ฎ ๐๐ถ๐ฑ๐ฎ๐ธ ๐ฑ๐ฎ๐ฝ๐ฎ๐ ๐บ๐ฒ๐ป๐๐ฎ๐ธ๐๐ถ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ณ๐ฒ๐ป๐ผ๐บ๐ฒ๐ป๐ฎ ๐ด๐ฒ๐ฟ๐ต๐ฎ๐ป๐ฎ ini kerana laluan bayang-bayang bulan tidak melalui mana-mana kawasan di Malaysia pada waktu tersebut.
.
SUMBER RUJUKAN:
https://www.timeanddate.com/eclipse/solar/2021-december-4
http://www.eclipsewise.com/…/200…/SE2021Dec04Tprime.html
https://eclipsophile.com/2021tse/
https://www.space.com/autumn-skywatching-overview-2021
.
ย
#MOSTIhebat #KeluargaMalaysia #Bekerjabersamarakyat #KitaMestiMenang #KitaJagaKita #KemakmuranBersamaTeknologiAngkasa