TELESKOP MYSA 33

Gerhana Matahari Penuh

Gerhana Matahari Penuh
Gerhana Matahari Penuh
Gerhana Matahari Penuh

Gerhana matahari penuh pada 4 Disember 2021 hanya akan dapat dilihat di kawasan benua berais iaitu Antartika. Fenomena Gerhana Matahari Penuh ini berlaku pada 0.1 hari sebelum Bulan berada pada kedudukan perigee, iaitu titik orbit Bulan yang berada pada kedudukan terdekat dari bumi dengan jarak 356,793km.

.

Gerhana ini berlaku apabila Bulan melindungi permukaan Matahari secara keseluruhan iaitu ketika Bulan berada di titik paling dekat dengan Bumi (perigee). Ia hanya dapat dilihat sekiranya anda berada di laluan bayang-bayang umbra Bulan.

.

Laluan Gerhana Matahari Penuh (Lintasan Bayang Umbra Bulan) dengan lintasan selebar 418.7km ini akan bermula di Lautan Selatan iaitu kira-kira 500km dari bahagian tenggara Kepulauan Falkland, melintasi benua Antartika dan berakhir di Lautan Selatan. Kemuncak gerhana akan berlaku di Antartika dengan tempoh maksimum fasa Gerhana Penuh selama 1 minit 54 saat. Keseluruhan fenomena Gerhana Penuh ini berlangsung sekitar 1 jam 6 minit.

.

Gerhana Matahari Separa akan kelihatan dalam lingkungan bayangan penumbra Bulan yang lebih luas meliputi benua Antartika, Lautan Atlantik Selatan serta hanya sebahagian kecil kawasan paling selatan di Amerika Selatan, Afrika, New Zealand dan Australia.

.

𝗙𝗲𝗻𝗼𝗺𝗲𝗻𝗮 𝗚𝗲𝗿𝗵𝗮𝗻𝗮 𝗠𝗮𝘁𝗮𝗵𝗮𝗿𝗶 𝗣𝗲𝗻𝘂𝗵 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝟰 𝗗𝗶𝘀𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟭 𝗶𝗻𝗶 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗹𝗮𝗸𝘂 𝗺𝘂𝗹𝗮𝗶 𝗷𝗮𝗺 𝟭𝟯:𝟮𝟵:𝟭𝟭 𝗱𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗸𝗵𝗶𝗿 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗷𝗮𝗺 𝟭𝟳:𝟯𝟳:𝟮𝟯 𝘄𝗮𝗸𝘁𝘂 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮. Malangnya, 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗮𝗸𝘀𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗳𝗲𝗻𝗼𝗺𝗲𝗻𝗮 𝗴𝗲𝗿𝗵𝗮𝗻𝗮 ini kerana laluan bayang-bayang bulan tidak melalui mana-mana kawasan di Malaysia pada waktu tersebut.

.

SUMBER RUJUKAN:

https://www.timeanddate.com/eclipse/solar/2021-december-4

http://www.eclipsewise.com/…/200…/SE2021Dec04Tprime.html

https://eclipsophile.com/2021tse/

https://www.space.com/autumn-skywatching-overview-2021

.

 

#MYSA #MOSTI #ONL

#MOSTIhebat #KeluargaMalaysia #Bekerjabersamarakyat #KitaMestiMenang #KitaJagaKita #KemakmuranBersamaTeknologiAngkasa