MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Matahari

TM32
TM32a

Dua imej Matahari (I dan II) ini telah berjaya dirakam menggunakan penapis Calcium II K-line (Ca ll K-line) dan cahaya nampak (whitelight) di Observatori Negara Langkawi pada 1 November 2021. Penapis Ca II K-line hanya membenarkan cahaya yang mempunyai gelombang 393.4 nanometer untuk melaluinya dan digunakan untuk mencerap lapisan kromosfera Matahari manakala penapis cahaya nampak membenarkan kita mencerap fotosfera Matahari.

.

Kedua-dua imej Matahari (I dan II) menunjukkan terdapat tiga kumpulan Tompok Matahari besar yang diberi nama AR2887, AR2891 dan AR2893. Tompok Matahari adalah kawasan sejuk di lapisan fotosfera yang dihasilkan oleh perubahan setempat di dalam medan magnetik serta cenderung untuk terbentuk dalam kumpulan-kumpulan. Kebiasaannya jangka hayat Tompok Matahari mengambil masa di antara beberapa hari hingga beberapa minggu.

.

Kumpulan Tompok Matahari AR2887 yang muncul di fotosfera sejak 22 Oktober 2021 telah menyebabkan berlakunya suar suria kelas X, M, C dan B manakala kumpulan tompok Matahari AR2891 yang muncul sejak 27 Oktober 2021 telah menyebabkan berlakunya suar suria kelas M, C dan B. Walau bagaimanapun, Kumpulan Tompok Matahari AR2893 yang muncul pada 31 Oktober 2021 tidak menyebabkan berlakunya suar suria.

.

Tompok Matahari yang lebih besar juga biasanya mengandungi umbra (teras gelap) yang dikelilingi oleh penumbra (kawasan cerah) seperti yang ditunjukkan dalam imej Ill, lV dan V.

.

#MYSA #MOSTI #ONL

#MOSTIhebat #KeluargaMalaysia #Bekerjabersamarakyat #KitaMestiMenang #KitaJagaKita #KemakmuranBersamaTeknologiAngkasa

Skip to content