๐๐ฒ๐ป๐ผ๐บ๐ฒ๐ป๐ฎ ๐๐ฒ๐ฟ๐ต๐ฎ๐ป๐ฎ ๐๐๐น๐ฎ๐ป ๐ฆ๐ฒ๐ฝ๐ฎ๐ฟ๐ฎ ๐ฝ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐ญ๐ต ๐ก๐ผ๐๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฒ๐ฟ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ญ (๐๐๐บ๐ฎ๐ฎ๐) akan berlaku 1.7 hari sebelum Bulan berada pada kedudukan yang paling jauh dengan Bumi (apogee) iaitu pada jarak 406,275km. Fenomena ini dapat dilihat secara keseluruhan di Amerika Utara, Lautan Pasifik, Alaska, Australia Timur, New Zealand dan Jepun.
.
Fasa awal gerhana bulan hanya dapat dilihat dari Amerika Selatan dan Eropah kerana Bulan telah terbenam sebelum gerhana berakhir manakala Asia Barat, Australia dan New Zealand tidak dapat menyaksikannya kerana gerhana telah berlaku sebelum Bulan terbit. Fenomena ini tidak kelihatan langsung di Afrika dan Timur Tengah.
.
๐๐ถ ๐ ๐ฎ๐น๐ฎ๐๐๐ถ๐ฎ, ๐ณ๐ฒ๐ป๐ผ๐บ๐ฒ๐ป๐ฎ ๐๐ฒ๐ฟ๐ต๐ฎ๐ป๐ฎ ๐๐๐น๐ฎ๐ป ๐ฆ๐ฒ๐ฝ๐ฎ๐ฟ๐ฎ ๐ถ๐ป๐ถ ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐น๐ฎ๐ธ๐ ๐บ๐๐น๐ฎ๐ถ ๐ท๐ฎ๐บ ๐ญ๐ฐ:๐ฌ๐ฎ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ธ๐ต๐ถ๐ฟ ๐ฝ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐ท๐ฎ๐บ ๐ฎ๐ฌ:๐ฌ๐ฏ ๐๐ฎ๐ธ๐๐ ๐๐ฒ๐บ๐ฝ๐ฎ๐๐ฎ๐ป. Oleh itu, fenomena tersebut tidak dapat dilihat secara keseluruhan kerana berlaku pada waktu masih siang. Ia hanya dapat dilihat apabila Bulan mulai terbit di ufuk timur, ketika mengakhiri fasa gerhana bulan separa sehingga fasa gerhana penumbra berakhir pada jam 20:03.
.
SUMBER RUJUKAN:
https://eclipse.gsfc.nasa.gov/…/LEplot…/LE2021Nov19P.pdf
https://earthsky.org/…/partial-lunar-eclipse-november…/
https://www.space.com/15689-lunar-eclipses.html
https://www.nisenet.org/lunareclipses
https://moon.nasa.gov/moon-in-motion/eclipses/
http://www.eclipsewise.com/…/200…/LE2021Nov19Pprime.html
.
#MYSA #MOSTI #ONL #GerhanaBulanSepara
#MOSTIhebat #KeluargaMalaysia #Bekerjabersamarakyat #KitaMestiMenang #KitaJagaKita #KemakmuranBersamaTeknologiAngkasa