TELESKOP MYSA 31

Gerhana Bulan Separa

Gerhana Bulan Separa
Gerhana Bulan Separa
Gerhana Bulan Separa

𝗙𝗲𝗻𝗼𝗺𝗲𝗻𝗮 𝗚𝗲𝗿𝗵𝗮𝗻𝗮 𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗽𝗮𝗿𝗮 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝟭𝟵 𝗡𝗼𝘃𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟭 (𝗝𝘂𝗺𝗮𝗮𝘁) akan berlaku 1.7 hari sebelum Bulan berada pada kedudukan yang paling jauh dengan Bumi (apogee) iaitu pada jarak 406,275km. Fenomena ini dapat dilihat secara keseluruhan di Amerika Utara, Lautan Pasifik, Alaska, Australia Timur, New Zealand dan Jepun.

.

Fasa awal gerhana bulan hanya dapat dilihat dari Amerika Selatan dan Eropah kerana Bulan telah terbenam sebelum gerhana berakhir manakala Asia Barat, Australia dan New Zealand tidak dapat menyaksikannya kerana gerhana telah berlaku sebelum Bulan terbit. Fenomena ini tidak kelihatan langsung di Afrika dan Timur Tengah.

.

𝗗𝗶 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮, 𝗳𝗲𝗻𝗼𝗺𝗲𝗻𝗮 𝗚𝗲𝗿𝗵𝗮𝗻𝗮 𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗽𝗮𝗿𝗮 𝗶𝗻𝗶 𝗯𝗲𝗿𝗹𝗮𝗸𝘂 𝗺𝘂𝗹𝗮𝗶 𝗷𝗮𝗺 𝟭𝟰:𝟬𝟮 𝗱𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗸𝗵𝗶𝗿 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗷𝗮𝗺 𝟮𝟬:𝟬𝟯 𝘄𝗮𝗸𝘁𝘂 𝘁𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁𝗮𝗻. Oleh itu, fenomena tersebut tidak dapat dilihat secara keseluruhan kerana berlaku pada waktu masih siang. Ia hanya dapat dilihat apabila Bulan mulai terbit di ufuk timur, ketika mengakhiri fasa gerhana bulan separa sehingga fasa gerhana penumbra berakhir pada jam 20:03.

.

SUMBER RUJUKAN:

https://eclipse.gsfc.nasa.gov/…/LEplot…/LE2021Nov19P.pdf

https://earthsky.org/…/partial-lunar-eclipse-november…/

https://www.space.com/15689-lunar-eclipses.html

https://www.nisenet.org/lunareclipses

https://moon.nasa.gov/moon-in-motion/eclipses/

http://www.eclipsewise.com/…/200…/LE2021Nov19Pprime.html

.

#MYSA #MOSTI #ONL #GerhanaBulanSepara

#MOSTIhebat #KeluargaMalaysia #Bekerjabersamarakyat #KitaMestiMenang #KitaJagaKita #KemakmuranBersamaTeknologiAngkasa