Hujan Meteor Leonids merujuk kepada titik kemunculan hujan meteor di langit iaitu di kawasan buruj Leo. Walau bagaimanapun, kemunculannya masih boleh berlaku dari pelbagai arah. Fenomena ini berlaku setiap tahun apabila Bumi beredar mengelilingi Matahari merentasi laluan orbit Komet 55P/Tempel-Tuttle atau lebih dikenali sebagai Komet Tempel-Tuttle.
.
Hujan Meteor Leonids unik kerana kemuncaknya ribut meteor akan berlaku setiap 33 atau 34 tahun apabila ratusan hingga ribuan meteor per jam dapat dilihat, bergantung kepada lokasi pemerhati. Ribut meteor Leonids yang terakhir berlaku pada tahun 2001 dan dijangka akan muncul kembali pada tahun 2034.
.
Komet Tempel-Tuttle pula dianggarkan mengambil masa selama 33 tahun untuk melengkapkan orbitnya. Semasa komet tersebut mengorbit menghampiri Matahari, debu-debu komet yang terbebas disebabkan oleh proses pemejalwapan akan berserakan dan membentuk laluan yang dipenuhi dengan sisa-sisa komet tersebut. Sisa tinggalan ini akhirnya akan memasuki atmosfera Bumi dan terbakar lalu membentuk jalur bersinar yang panjang.
Nota kaki:
Leo ialah sejenis kumpulan bintang yang kedudukannya kelihatan seperti singa.
Ribut meteor sekurang-kurangnya mempunyai 1,000 meteor sejam
Komet merupakan gabungan antara batuan, debu dan ais serta debunya boleh berserakan apabila komet tersebut meruap ketika mengorbit mendekati Matahari.
SUMBER RUJUKAN
The Leonid Meteor Shower will peak in November — here’s how to watch it
Meteor shower guide: Next up, the Geminids
https://www.timeanddate.com/astronomy/meteor-shower/leonids.html
.
#MOSTIhebat #KeluargaMalaysia #Bekerjabersamarakyat #KitaMestiMenang #KitaJagaKita #KemakmuranBersamaTeknologiAngkasa