Jewel Box Cluster (NGC4755) atau dikenali sebagai Kappa Crucis Star Cluster merupakan sejenis ๐๐ช๐๐ช๐จ๐๐ฃ ๐๐๐ฃ๐ฉ๐๐ฃ๐ ๐ฉ๐๐ง๐๐ช๐ ๐ terletak di buruj ๐พ๐ง๐ช๐ญ. Ia merupakan gugusan bintang termuda dianggarkan berusia 14 juta tahun. Ia mempunyai 4.2 magnitud kecerahan, dengan jarak 6,400 ๐ฉ๐๐๐ช๐ฃ ๐๐๐๐๐ฎ๐ dari Bumi dan mengandungi lebih daripada 100 bintang dengan kebanyakannya terdiri daripada bintang berwarna biru.
.
Imej Jewel Box Cluster ini telah dirakam oleh sistem teleskop ONL pada 25 Januari 2007 menunjukkan salah satu bintang yang terang di bahagian tengah berupa bintang super-raksasa merah dengan dikelilingi oleh bintang berwarna biru.
.
Jewel Box Cluster dianggap sebagai salah satu objek yang senang dilihat dengan mata kasar di langit selatan. Jika diperhatikan dengan teliti, Jewel Box Cluster ini dapat digambarkan dalam bentuk abjad A daripada bintang-bintang cerahnya terutamanya HR4887. Tiga bintang di sepanjang palang ๐๐จ๐ฉ๐๐ง๐๐จ๐ข๐ berbentuk A terletak pada garis lurus yang dikenali sebagai ‘lampu isyarat’ kerana warnanya yang berbeza-beza.
.
Untuk mencerap Jewel Box Cluster dengan jelas, disarankan menggunakan binokular atau teleskop berdiameter optik 6 inci bersama kanta mata yang menghasilkan kuasa pembesaran imej sebanyak 50 kali ganda dengan menghala ke buruj Crux.
.
SUMBER RUJUKAN:
https://astronomy.com/…/the-jewel-box-cluster-m102-and…
https://skyandtelescope.org/…/ngc-4755-the-jewel-box…/
https://theskylive.com/…/ngc4755-herschels-jewel-box…
https://www.wired.com/2009/10/jewel-box-stars/
https://apod.nasa.gov/apod/ap100817.html
.
#MYSAย #MOSTIย #ONL
#MOSTIhebatย #KeluargaMalaysiaย #Bekerjabersamarakyatย #KitaMestiMenangย #KitaJagaKitaย #KemakmuranBersamaTeknologiAngkasaย
ย