TELESKOP MYSA 28

mare crisium

Mare Crisium

Bulan mempunyai permukaan yang dipenuhi dengan kawah serta debu dan serpihan dari hentaman komet, asteroid dan meteoroid. Permukaan bulan terbahagi kepada dua iaitu kawasan terang yang dipanggil pergunungan atau dataran tinggi; dan kawasan gelap yang dipanggil β€œπ‘€π‘Žπ‘Ÿπ‘’β€ atau β€œπ‘€π‘Žπ‘Ÿπ‘–π‘Žβ€ yang merupakan lembah yang dipenuhi oleh lava yang telah membeku yang terbentuk oleh letusan gunung berapi kuno pada 4.2 hingga 1.2 billion tahun dahulu.
.
Imej Mare Crisium ini telah dirakam oleh sistem teleskop ONL pada 23 September 2021. Mare Crisium yang berdiameter 556km dengan keluasan sekitar 176,000 kilometer persegi ini terbentuk kesan daripada pelanggaran meteor yang besar pada 3.9 juta tahun dahulu. Ia mempunyai lembah yang sangat rata dengan rabung berkerut yang juga dikenali sebagai Dorsa yang menuju ke arah sempadan luarnya. Dua kawah yang paling besar di Mare Crisium adalah Picard dan Peirce. Mare Crisium hanya dapat dilihat dari Bumi dengan mata kasar sebagai titik gelap kecil di bahagian pinggir sisi dekat bulan.
.
Dua misi pendaratan di Mare Crisium telah dilancarkan oleh Soviet iaitu Luna 15 pada tahun 1969 dan Luna 24 pada tahun 1976. Luna 15 tidak berjaya dan terhempas ketika mendarat manakala Luna 24 telah berjaya mendarat di Mare Crisium dan membawa sampel dari permukaan bulan balik ke Bumi.
.
Nota: *Sisi dekat Bulan ialah hemisfera bulan yang menghadap Bumi secara tetap
.

.
#MYSAΒ #MOSTIΒ #ONL
#LindungDiriLindungSemuaΒ #BekerjaBersamaRakyatΒ #mostihebatΒ #KeluargaMalaysiaΒ #KemakmuranBersamaTeknologiAngkasaΒ