MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Fenomena Hujan Meteor Orionids

TM27
TM27a
Hujan Meteor Orionids merujuk kepada titik kemunculan hujan meteor di langit iaitu di kawasan buruj ๐—ข๐—ฟ๐—ถ๐—ผ๐—ป, tetapi kemunculannya masih boleh berlaku dari pelbagai arah. Fenomena ini berlaku setiap tahun apabila Bumi yang beredar mengelilingi Matahari merentasi laluan orbit ๐—ž๐—ผ๐—บ๐—ฒ๐˜ ๐Ÿญ๐—ฃ/๐—›๐—ฎ๐—น๐—น๐—ฒ๐˜† atau dikenali sebagai Komet Halley.
.
Komet Halley dianggarkan mengambil masa selama 75 hingga 76 tahun untuk melengkapkan orbitnya. Semasa komet tersebut mengorbit menghampiri Matahari, debu-debu komet yang terbebas disebabkan oleh proses pemejalwapan akhirnya akan berserakan dan membentuk laluan yang dipenuhi dengan sisa-sisa ๐—ธ๐—ผ๐—บ๐—ฒ๐˜ tersebut. Sisa tinggalan ini akhirnya akan memasuki atmosfera Bumi dan terbakar lalu membentuk jalur bersinar yang panjang.
.
Nota kaki:
* ๐—ž๐—ผ๐—บ๐—ฒ๐˜ merupakan pepejal gabungan antara batuan, debu dan ais dan debunya boleh berserakan apabila mengorbit mendekati matahari.
* ๐—ž๐—ผ๐—บ๐—ฒ๐˜ ๐Ÿญ๐—ฃ/๐—›๐—ฎ๐—น๐—น๐—ฒ๐˜† adalah komet jangka pendek yang dapat dilihat dengan mata kasar dari Bumi setiap 75 – 76 tahun dan satu-satunya komet sedemikian yang mungkin dapat muncul dua kali dalam seumur hidup manusia. Halley kali terakhir muncul di bahagian dalaman Sistem Suria pada tahun 1986 dan ia akan muncul kembali pada pertengahan tahun 2061.
* ๐—ข๐—ฟ๐—ถ๐—ผ๐—ป atau dikenali sebagai Belantik ialah sekumpulan bintang yang kedudukannya membentuk imej seperti pemburu.
ย 
.
ย 
Antara hasil imej hujan Meteor Orionids 2021 yang berjaya dicerap orang awam pada 22 Oktober 2021.
Sumberย ๐Ÿ“ธ: Orang Awam
248513260 244228351078414 4562380155966653308 n
248647542 244228431078406 7377534806318498642 n

Manakala di bawah pula adalah hasil imej hujan Meteor Orionids yang berjaya dicerap oleh orang awam pada tahun 2017:

Skip to content