TELESKOP MYSA 26

Plato & Montes Alpes

Plato & Montes Alpes
Imej ๐—ฃ๐—น๐—ฎ๐˜๐—ผ dan ๐— ๐—ผ๐—ป๐˜๐—ฒ๐˜€ ๐—”๐—น๐—ฝ๐—ฒ๐˜€ ini telah dirakam oleh sistem teleskop ONL pada 29 Ogos 2021. Plato telah dinamakan sempena ahli falsafah Yunani kuno iaitu Plato dan merupakan kawah yang besar pada permukaan bulan yang dipenuhi dengan lava yang telah membeku dengan diameter 109 km. Ia jelas kelihatan di bahagian utara sisi dekat bulan. Usia kawah ini adalah sekitar 3.8 bilion tahun, iaitu lebih muda sedikit daripada Mare Imbrium.

.
Montes Alpes ataupun dikenali sebagai โ€œ๐˜›๐˜ฉ๐˜ฆ ๐˜“๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ณ ๐˜ˆ๐˜ญ๐˜ฑ๐˜ดโ€ merupakan pergunungan di bahagian utara sisi dekat bulan. Ia dinamakan sempena Pergunungan Alps di Eropah dan telah disahkan oleh ๐˜๐˜ฏ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ญ ๐˜ˆ๐˜ด๐˜ต๐˜ณ๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ฐ๐˜ฎ๐˜ช๐˜ค๐˜ข๐˜ญ ๐˜œ๐˜ฏ๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ (IAU) pada tahun 1935. ๐—ฉ๐—ฎ๐—น๐—น๐—ถ๐˜€ ๐—”๐—น๐—ฝ๐—ฒ๐˜€ (๐˜ˆ๐˜ญ๐˜ฑ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ฆ ๐˜๐˜ข๐˜ญ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜บ) merupakan ciri yang istimewa pada Montes Alpes. Ia adalah sebuah lembah yang rata pada Montes Alpes berukuran 160km (panjang) x 10km (lebar) yang menggabungkan Mare Imbrium dan Mare Frigoris.

Nota:
*Sisi dekat Bulan ialah hemisfera bulan yang menghadap Bumi secara tetap

.
SUMBER RUJUKAN:
โ€ขย https://apod.nasa.gov/apod/ap141204.html
โ€ขย https://apod.nasa.gov/apod/ap060211.html
โ€ขย https://www.nasa.gov/…/lroc-201000202-platocrater.html
โ€ขย https://solarsystem.nasa.gov/…/ancient-volcanic-vent…/
โ€ขย https://www.skyatnightmagazine.com/ast…/moon/plato-crater/
โ€ขย https://www.universetoday.com/11337/the-moon-has-alps-too/

.
#MYSAย #MOSTIย #ONL
#LindungDiriLindungSemuaย #BekerjaBersamaRakyatย #mostihebatย #KeluargaMalaysiaย #KemakmuranBersamaTeknologiAngkasaย 
ย