TELESKOP MYSA 26

Plato & Montes Alpes

Plato & Montes Alpes
Imej 𝗣𝗹𝗮𝘁𝗼 dan 𝗠𝗼𝗻𝘁𝗲𝘀 𝗔𝗹𝗽𝗲𝘀 ini telah dirakam oleh sistem teleskop ONL pada 29 Ogos 2021. Plato telah dinamakan sempena ahli falsafah Yunani kuno iaitu Plato dan merupakan kawah yang besar pada permukaan bulan yang dipenuhi dengan lava yang telah membeku dengan diameter 109 km. Ia jelas kelihatan di bahagian utara sisi dekat bulan. Usia kawah ini adalah sekitar 3.8 bilion tahun, iaitu lebih muda sedikit daripada Mare Imbrium.

.
Montes Alpes ataupun dikenali sebagai “𝘛𝘩𝘦 𝘓𝘶𝘯𝘢𝘳 𝘈𝘭𝘱𝘴” merupakan pergunungan di bahagian utara sisi dekat bulan. Ia dinamakan sempena Pergunungan Alps di Eropah dan telah disahkan oleh 𝘐𝘯𝘵𝘦𝘳𝘯𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯𝘢𝘭 𝘈𝘴𝘵𝘳𝘰𝘯𝘰𝘮𝘪𝘤𝘢𝘭 𝘜𝘯𝘪𝘰𝘯 (IAU) pada tahun 1935. 𝗩𝗮𝗹𝗹𝗶𝘀 𝗔𝗹𝗽𝗲𝘀 (𝘈𝘭𝘱𝘪𝘯𝘦 𝘝𝘢𝘭𝘭𝘦𝘺) merupakan ciri yang istimewa pada Montes Alpes. Ia adalah sebuah lembah yang rata pada Montes Alpes berukuran 160km (panjang) x 10km (lebar) yang menggabungkan Mare Imbrium dan Mare Frigoris.

Nota:
*Sisi dekat Bulan ialah hemisfera bulan yang menghadap Bumi secara tetap

.
SUMBER RUJUKAN:
• https://apod.nasa.gov/apod/ap141204.html
• https://apod.nasa.gov/apod/ap060211.html
• https://www.nasa.gov/…/lroc-201000202-platocrater.html
• https://solarsystem.nasa.gov/…/ancient-volcanic-vent…/
• https://www.skyatnightmagazine.com/ast…/moon/plato-crater/
• https://www.universetoday.com/11337/the-moon-has-alps-too/

.
#MYSA #MOSTI #ONL
#LindungDiriLindungSemua #BekerjaBersamaRakyat #mostihebat #KeluargaMalaysia #KemakmuranBersamaTeknologiAngkasa