TELESKOP MYSA 25

TOMPOK MATAHARI AR2871

Tompok Matahari AR2871
Tompok Matahari AR2871
Imej 𝗧𝗼𝗺𝗽𝗼𝗸 𝗠𝗮𝘁𝗮𝗵𝗮𝗿𝗶 AR2871 yang dirakam di Observatori Negara Langkawi dengan menggunakan penapis cahaya nampak (white light) ini diambil pada 23 September 2021. Penapis 𝗰𝗮𝗵𝗮𝘆𝗮 𝗻𝗮𝗺𝗽𝗮𝗸 membenarkan kita mencerap aktiviti Matahari di lapisan 𝗳𝗼𝘁𝗼𝘀𝗳𝗲𝗿𝗮.
 
Tompok Matahari AR2871 mempunyai medan magnet yang kuat dan telah menghasilkan letusan 𝗦𝘂𝗮𝗿 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗮 kelas M3 pada 23 September 2021 pada jam 0442 UTC (12:42 pm waktu Malaysia).
 
Imej 𝘤𝘰𝘳𝘰𝘯𝘢𝘨𝘳𝘢𝘱𝘩 yang telah diambil melalui Satelit 𝗦𝗢𝗛𝗢 pada 24 September 2021 menunjukkan suar suria ini telah menghasilkan hamburan jisim korona (Coronal Mass Ejection, CME) ke angkasa dan tidak membawa kesan langsung ke Bumi.