MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

TOMPOK MATAHARI โ€“ AR2863, AR2864, AR2866 & AR2868

TM24

๐—ง๐—ผ๐—บ๐—ฝ๐—ผ๐—ธ ๐— ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ merupakan fenomena sementara pada ๐—ณ๐—ผ๐˜๐—ผ๐˜€๐—ณ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ matahari yang kelihatan sebagai tompokan gelap berbanding dengan kawasan sekitarnya.
.
Ia mempunyai medan magnet kuat dan menyebabkan tekanan atmosfera di sekitarnya menurun. Oleh itu, suhunya adalah lebih rendah (sejuk) berbanding dengan persekitarannya kerana medan magnet ini telah menghalang pengaliran gas panas ke permukaan Matahari.
.
Secara ringkasnya, peningkatan bilangan tompok Matahari sering berkait rapat dengan kejadian kitaran Matahari maksimum yang berlaku setiap 11 tahun di mana aktiviti Matahari seperti hamburan jisim korona (๐˜พ๐™ค๐™ง๐™ค๐™ฃ๐™–๐™ก ๐™ˆ๐™–๐™จ๐™จ ๐™€๐™Ÿ๐™š๐™˜๐™ฉ๐™ž๐™ค๐™ฃ, ๐˜พ๐™ˆ๐™€) dan ๐˜€๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ ๐˜€๐˜‚๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ turut meningkat.
.
Nota:
* ๐—ณ๐—ผ๐˜๐—ผ๐˜€๐—ณ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ : โ€œpermukaanโ€ Matahari yang dapat dilihat dengan penuras cahaya nampak.

* ๐—ง๐—ผ๐—บ๐—ฝ๐—ผ๐—ธ ๐— ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ dapat dilihat di permukaan fotosfera dan ia merupakan kawasan paling sejuk di permukaan Matahari (~4000ยฐC).

* ๐˜€๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ ๐˜€๐˜‚๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ: ledakan cahaya yang sangat cerah di Matahari dan biasanya kelihatan berhampiran dengan Tompok Matahari yang besar dan tidak sekata. Ledakan cahaya disebabkan oleh ledakan gas hidrogen yang berlaku selama beberapa minit hingga sejam atau lebih sedikit.

*(๐˜พ๐™ค๐™ง๐™ค๐™ฃ๐™–๐™ก ๐™ˆ๐™–๐™จ๐™จ ๐™€๐™Ÿ๐™š๐™˜๐™ฉ๐™ž๐™ค๐™ฃ, ๐˜พ๐™ˆ๐™€): gumpalan plasma iaitu jirim dalam keadaan elektron telah dipisahkan dari nukleus atomnya. CME merentasi ruang angkasa dalam bentuk jirim yang memecut dengan kelajuan lebih kurang 2 juta kilometer sejam dan mampu sampai ke bumi dalam masa 3 hari. CME juga mempengaruhi lapisan atmosfera Bumi terutamanya magnestosfera.

.
Sumber Rujukan:
https://www.swpc.noaa.gov/phenomena/sunspotssolar-cycle
https://www.swpc.noaa.gov/phenomena/coronal-mass-ejections
https://www.swpc.noaa.gov/…/solar-flares-radio-blackouts
https://www.weather.gov/fsd/sunspots

.

#MYSAย #MOSTIย #ONL
#LindungDiriLindungSemuaย #KitaJagaKitaย #AmalanNormaBaharuย #BersamaHentikanWabakCovid19ย 

#KemakmuranBersamaTeknologiAngkasaย 

Skip to content