Imej komet NEOWISE atau dikenali sebagai sebagai C/2020 F3 ini telah dirakam melalui teleskop di Observatori Negara Langkawi pada 20 Julai 2020. Komet NEOWISE telah dikesan buat pertama kali oleh misi teleskop angkasa, iaitu NASA’s Near-Earth Object Wide-field Infrared Survey Explorer (NEOWISE) pada 27 Mac 2020. Ketika itu, komet NEOWISE berada pada jarak 2AU (300 juta km) dari Matahari dan 1.7AU (250 juta km) dari Bumi.
.
Pada 23 Julai 2020 ia dikesan berada pada kedudukan yang paling menghampiri Bumi dengan jarak 0.69AU (103 juta km) di buruj Ursa Major.
.
Komet ini terdiri daripada batuan, ais dan debu yang membeku. Ianya akan mengewap apabila bergerak menghampiri matahari serta dapat menghasilkan 2 jenis ekor komet di mana salah satunya terdiri daripada sisa batuan dan gas manakala satu lagi terdiri daripada ion gas.
.
Nota kaki:
* Komet: jasad cakerawala terdiri daripada gumpalan batu, ais dan debu serta campuran gas yang bergerak mengelilingi Matahari dalam Sistem Suria. Ia membeku apabila menjauhi Matahari tetapi akan mengewap membentuk kepala gas dan ekor apabila mendekati Matahari.
* Unit Astronomi (𝘈𝘴𝘵𝘳𝘰𝘯𝘰𝘮𝘪𝘤𝘢𝘭 𝘜𝘯𝘪𝘵) disingkatkan sebagai AU: jarak purata antara Matahari dan Bumi. 1AU bersamaan dengan 1.5 x10⁸ km
* Perihelion: kedudukan dalam orbit apabila sesuatu planet atau komet berada paling hampir dengan matahari
.
SUMBER RUJUKAN:
• https://www.space.com/comet-neowise-strange-facts.html
• https://earthobservatory.nasa.gov/…/comet-neowise…
• https://neowise.ipac.caltech.edu/news/neowise20200708/
• https://bctkpd.com/2020/07/30/komet-neowise-c-2020-f3/
• https://ssd.jpl.nasa.gov/sbdb.cgi?sstr=C%2F2020%20F3;old=0;orb=1;cov=0;log=0;cad=0
• https://www.nasa.gov/…/hubble-snaps-close-up-of…
• http://www.astro.ucla.edu/~wright/WISE/WISE-MPECs.html
.
#MYSA #MOSTI #ONL
#LindungDiriLindungSemua #KitaJagaKita #AmalanNormaBaharu
#BersamaHentikanWabakCovid19 #KemakmuranBersamaTeknologiAngkasa