MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

MONTES APENNINUS

TM22

Bulan mempunyai permukaan yang dipenuhi dengan kawah serta debu dan serpihan dari hentaman komet, asteroid dan meteoroid. Permukaan bulan turut terbahagi kepada dua iaitu kawasan terang yang dipanggil pergunungan atau dataran tinggi; dan kawasan gelap yang dipanggil β€œπ‘€π‘Žπ‘Ÿπ‘’β€ atau β€œπ‘€π‘Žπ‘Ÿπ‘–π‘Žβ€ yang merupakan lembah yang dipenuhi oleh lava yang terbentuk oleh letusan gunung berapi kuno pada 4.2 hingga 1.2 billion tahun dahulu.

.
Imej π‘€π‘œπ‘›π‘‘π‘’π‘  𝐴𝑝𝑒𝑛𝑛𝑖𝑛𝑒𝑠 pada permukaan Bulan ini telah dirakam oleh sistem teleskop ONL pada 29 Ogos 2021. π‘€π‘œπ‘›π‘‘π‘’π‘  𝐴𝑝𝑒𝑛𝑛𝑖𝑛𝑒𝑠 merupakan satu kawasan pergunungan di bahagian utara sisi dekat Bulan dan dinamakan sempena Pergunungan Apennine di Itali.

.
Secara relatifnya, π‘€π‘œπ‘›π‘‘π‘’π‘  𝐴𝑝𝑒𝑛𝑛𝑖𝑛𝑒𝑠 masih muda dengan pembentukannya dianggarkan sejak 3.9 billion tahun dahulu. Selain itu, terdapat juga kawah π΄π‘Ÿπ‘β„Žπ‘–π‘šπ‘’π‘‘π‘’π‘  dan π΄π‘’π‘‘π‘œπ‘™π‘¦π‘π‘’π‘  serta sebahagian π‘€π‘Žπ‘Ÿπ‘’ πΌπ‘šπ‘π‘Ÿπ‘–π‘’π‘š dan π‘€π‘Žπ‘Ÿπ‘’ π‘†π‘’π‘Ÿπ‘’π‘›π‘–π‘‘π‘Žπ‘‘π‘–π‘  yang berdekatan dengan kawasan π‘€π‘œπ‘›π‘‘π‘’π‘  𝐴𝑝𝑒𝑛𝑛𝑖𝑛𝑒𝑠.

.
π‘π‘œπ‘‘π‘Ž:
*𝑆𝑖𝑠𝑖 π‘‘π‘’π‘˜π‘Žπ‘‘ π΅π‘’π‘™π‘Žπ‘› π‘–π‘Žπ‘™π‘Žβ„Ž β„Žπ‘’π‘šπ‘–π‘ π‘“π‘’π‘Ÿπ‘Ž π‘π‘’π‘™π‘Žπ‘› π‘¦π‘Žπ‘›π‘” π‘šπ‘’π‘›π‘”β„Žπ‘Žπ‘‘π‘Žπ‘ π΅π‘’π‘šπ‘– π‘ π‘’π‘π‘Žπ‘Ÿπ‘Ž π‘‘π‘’π‘‘π‘Žπ‘

.
#MYSAΒ #MOSTIΒ #ONL
#LindungDiriLindungSemuaΒ #KitaJagaKitaΒ #AmalanNormaBaharuΒ 

#BersamaHentikanWabakCovid19Β #KemakmuranBersamaTeknologiAngkasaΒ 

Skip to content