TELESKOP MYSA 21

TOMPOK MATAHARI AR2859 & AR2860

Tompok Matahari AR2859 dan AR2860

Imej Matahari yang telah dirakam menunjukkan 2 kumpulan tompok matahari pada permukaan fotosfera Matahari yang diberi nama AR2859 dan AR2860.

.
Menurut Solar Dynamics Observatory (SDO), suar suria terkuat yang dihasilkan oleh kumpulan Tompok Matahari AR2859 ialah suar suria kelas C pada 20 Ogos 2021 manakala suar suria terkuat yang dihasilkan oleh kumpulan Tompok Matahari AR2860 ialah suar suria kelas M pada 28 Ogos 2021.

.
Fenomena suar suria yang berlaku ini tidak mencetuskan ribut geomagnetik di lapisan ionosfera bumi walaupun pihak NOAA Space Weather Prediction Center telah mengeluarkan ramalan kemungkinan ianya berlaku. Berdasarkan sifat semulajadinya (kelajuan letusan dan posisi tompok matahari) suar suria tersebut juga tidak memberi ancaman kepada Bumi atau memberikan kesan kepada manusia. Pada masa yang sama, negara-negara di kawasan berlatitud tinggi seperti Alaska telah berpeluang menyaksikan fenomena aurora kesan daripada peristiwa ini.

𝙉𝙤𝙩𝙖:
* 𝙁𝙤𝙩𝙤𝙨𝙛𝙚𝙧𝙖 𝘢𝘥𝘢𝘭𝘢𝘩 “𝘱𝘦𝘳𝘮𝘶𝘬𝘢𝘢𝘯” 𝘔𝘢𝘵𝘢𝘩𝘢𝘳𝘪 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘢𝘱𝘢𝘵 𝘥𝘪𝘭𝘪𝘩𝘢𝘵 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘯𝘶𝘳𝘢𝘴 𝘤𝘢𝘩𝘢𝘺𝘢 𝘯𝘢𝘮𝘱𝘢𝘬

* 𝙏𝙤𝙢𝙥𝙤𝙠 𝙈𝙖𝙩𝙖𝙝𝙖𝙧𝙞 𝘥𝘢𝘱𝘢𝘵 𝘥𝘪𝘭𝘪𝘩𝘢𝘵 𝘥𝘪 𝘱𝘦𝘳𝘮𝘶𝘬𝘢𝘢𝘯 𝘧𝘰𝘵𝘰𝘴𝘧𝘦𝘳𝘢 𝘥𝘢𝘯 𝘪𝘢 𝘮𝘦𝘳𝘶𝘱𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘢𝘸𝘢𝘴𝘢𝘯 𝘱𝘢𝘭𝘪𝘯𝘨 𝘴𝘦𝘫𝘶𝘬 𝘥𝘪 𝘱𝘦𝘳𝘮𝘶𝘬𝘢𝘢𝘯 𝘔𝘢𝘵𝘢𝘩𝘢𝘳𝘪 (~4000°𝘊)

* 𝙎𝙪𝙖𝙧 𝙨𝙪𝙧𝙞𝙖 𝘢𝘥𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘭𝘦𝘥𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘤𝘢𝘩𝘢𝘺𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘴𝘢𝘯𝘨𝘢𝘵 𝘤𝘦𝘳𝘢𝘩 𝘥𝘪 𝘮𝘢𝘵𝘢𝘩𝘢𝘳𝘪, 𝘥𝘢𝘯 𝘣𝘪𝘢𝘴𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘬𝘦𝘭𝘪𝘩𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘣𝘦𝘳𝘩𝘢𝘮𝘱𝘪𝘳𝘢𝘯 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘵𝘰𝘮𝘱𝘰𝘬 𝘮𝘢𝘵𝘢𝘩𝘢𝘳𝘪 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘦𝘴𝘢𝘳 𝘥𝘢𝘯 𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬 𝘴𝘦𝘬𝘢𝘵𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘪𝘴𝘦𝘣𝘢𝘣𝘬𝘢𝘯 𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘭𝘦𝘥𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘨𝘢𝘴 𝘩𝘪𝘥𝘳𝘰𝘨𝘦𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘦𝘳𝘭𝘢𝘬𝘶 𝘣𝘦𝘣𝘦𝘳𝘢𝘱𝘢 𝘮𝘪𝘯𝘪𝘵 𝘩𝘪𝘯𝘨𝘨𝘢 𝘴𝘦𝘫𝘢𝘮 𝘢𝘵𝘢𝘶 𝘭𝘦𝘣𝘪𝘩 𝘴𝘦𝘥𝘪𝘬𝘪𝘵. 𝘚𝘶𝘢𝘳 𝘴𝘶𝘳𝘪𝘢 𝘣𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘥𝘪𝘬𝘭𝘢𝘴𝘪𝘧𝘪𝘬𝘢𝘴𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘣𝘢𝘨𝘢𝘪 𝘈, 𝘉, 𝘊, 𝘔 𝘢𝘵𝘢𝘶 𝘟 𝘣𝘦𝘳𝘥𝘢𝘴𝘢𝘳𝘬𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘢𝘬 𝘧𝘭𝘶𝘹 (𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘶𝘯𝘪𝘵 𝘸𝘢𝘵𝘵𝘴 𝘱𝘦𝘳 𝘮𝘦𝘵𝘦𝘳 𝘴𝘲𝘶𝘢𝘳𝘦, 𝘞/𝘮2) 𝘣𝘢𝘨𝘪 𝘱𝘢𝘯𝘫𝘢𝘯𝘨 𝘨𝘦𝘭𝘰𝘮𝘣𝘢𝘯𝘨 𝘤𝘢𝘩𝘢𝘺𝘢 1 𝘩𝘪𝘯𝘨𝘨𝘢 8 𝘈̊𝘯𝘨𝘴𝘵𝘳𝘰̈𝘮𝘴 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘪𝘶𝘬𝘶𝘳 𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘪𝘯𝘴𝘵𝘳𝘶𝘮𝘦𝘯 𝘟𝘙𝘚 𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘴𝘢𝘵𝘦𝘭𝘪𝘵 𝘎𝘖𝘌𝘚-15 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘦𝘳𝘢𝘥𝘢 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘰𝘳𝘣𝘪𝘵 𝘨𝘦𝘰𝘱𝘦𝘨𝘶𝘯 (𝘨𝘦𝘰𝘴𝘵𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯𝘢𝘳𝘺 𝘰𝘳𝘣𝘪𝘵) 𝘥𝘪 𝘓𝘢𝘶𝘵𝘢𝘯 𝘗𝘢𝘴𝘪𝘧𝘪𝘬.
.
𝗦𝗨𝗠𝗕𝗘𝗥 𝗥𝗨𝗝𝗨𝗞𝗔𝗡:
☑️𝘋𝘦𝘸𝘢𝘯 𝘉𝘢𝘩𝘢𝘴𝘢 𝘥𝘢𝘯 𝘗𝘶𝘴𝘵𝘢𝘬𝘢
☑️𝘩𝘵𝘵𝘱𝘴://𝘸𝘸𝘸.𝘴𝘱𝘢𝘤𝘦𝘸𝘦𝘢𝘵𝘩𝘦𝘳𝘭𝘪𝘷𝘦.𝘤𝘰𝘮/𝘦𝘯/𝘩𝘦𝘭𝘱/𝘸𝘩𝘢𝘵-𝘢𝘳𝘦-𝘴𝘰𝘭𝘢𝘳-𝘧𝘭𝘢𝘳𝘦𝘴.𝘩𝘵𝘮𝘭
☑️𝘩𝘵𝘵𝘱𝘴://𝘸𝘸𝘸.𝘴𝘱𝘢𝘤𝘦𝘸𝘦𝘢𝘵𝘩𝘦𝘳.𝘤𝘰𝘮/

.

#MYSA #MOSTI #ONL
#LindungDiriLindungSemua #KitaJagaKita #AmalanNormaBaharu

#BersamaHentikanWabakCovid19 #KemakmuranBersamaTeknologiAngkasa #SatellitesImproveLife