MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

FENOMENA GERHANA BULAN PENUH PADA 3 MAC 2026
TM FENOMENA GERHANA BULAN PENUH PADA 3 MAC 2026
TM A FENOMENA GERHANA BULAN PENUH PADA 3 MAC 2026
TM B FENOMENA GERHANA BULAN PENUH PADA 3 MAC 2026
TM C FENOMENA GERHANA BULAN PENUH PADA 3 MAC 2026
🌕 𝐆𝐄𝐑𝐇𝐀𝐍𝐀 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐇 𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐋𝐀𝐊𝐔 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟑 𝐌𝐀𝐂 𝟐𝟎𝟐𝟔
▪️Fenomena Gerhana Bulan Penuh akan berlaku pada 3 Mac 2026 bersamaan dengan malam 14 Ramadan 1447H.
▪️Fenomena ini merupakan satu-satunya Gerhana Bulan Penuh pada tahun 2026, dan Gerhana Bulan Penuh seterusnya hanya akan berlaku pada 31 Disember 2028.
▪️Gerhana Bulan berlaku apabila Bumi berada di antara Matahari dan Bulan sehingga bayang-bayang Bumi menutupi keseluruhan permukaan Bulan. Fenomena ini menyebabkan Bulan kelihatan kemerahan.
▪️Fenomena Gerhana Penuh kali ini boleh disaksikan di Asia Timur, Australia, Lautan Pasifik, Amerika Utara dan Amerika Tengah. Di Asia Tengah dan sebahagian besar Amerika Selatan, hanya terjadi Gerhana Bulan Separa.
▪️Gerhana Bulan Fasa Separa (U1) bermula pada 5:50 PM dan seterusnya memasuki Fasa Penuh (U2) pada 7:04 PM dengan kemuncak gerhana (GE) pada 7:33 PM. Fasa Penuh akan tamat pada 8:02 PM dan memasuki Fasa Separa (U3) kembali sehingga 9:17PM.
▪️Bagi kebanyakan negeri di Semenanjung Malaysia, bulan akan terbit dalam fasa penuh dan berkemungkin sukar dilihat dengan keadaan langit senja yang masih agak terang.
▪️Bagi Kuala Lumpur, ketinggian bulan akan berada pada 2 darjah dari ufuk di Timur pada ketika kemuncak gerhana.
▪️Sabah dan Sarawak mempunyai peluang lebih tinggi untuk mencerap fenomena gerhana ini kerana bulan terbit lebih awal maka ia berada pada sudut lebih tinggi.
▪️Tempoh keseluruhan gerhana mengambil masa kira-kira 5 jam 39 minit, manakala fasa penuh berlangsung hampir 58 minit.
▪️ Gerhana Bulan boleh dilihat dengan mata kasar (bergantung kepada keadaan cuaca). Walau bagaimanapun, penggunaan binokular atau teleskop akan membantu untuk melihat fenomena ini dengan lebih jelas.
Skip to content