MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

JEJAK BINTANG (STAR TRAILS)
TM JEJAK BINTANG (STAR TRAILS)
TM A JEJAK BINTANG (STAR TRAILS)
TM B JEJAK BINTANG (STAR TRAILS)
Star trails (jejak bintang) ialah kesan lengkungan atau garisan cahaya bintang yang kelihatan pada gambar langit malam apabila kamera melakukan pendedahan panjang (long exposure). Fenomena ini berlaku kerana Bumi berputar pada paksinya sendiri yang menyebabkan bintang seolah-olah bergerak mengelilingi kutub utara atau kutub selatan langit, bergantung kepada hemisfera. Di khatulistiwa, star trails kelihatan seperti garisan melengkung mendatar kerana bintang bergerak hampir selari dengan ufuk, bukannya membentuk lingkaran penuh seperti kenampakan di hemisfera. Semakin lama pendedahan imej yang direkod, semakin panjang dan dramatik lengkungan bintang yang terhasil.
 
Star trails merakam cahaya bintang yang bergerak hasil putaran Bumi. Astrofotografi star trails juga memperlihatkan keindahan langit malam dan memberi rasa pergerakan sela masa melalui lengkungan cahaya yang cantik di dalam gambar.
Skip to content