Ahlan Wa Sahlan Marhaban Ya Ramadan.
.
Anak bulan Ramadan 1446H telah dicerap oleh Pegawai Penyelidik daripada Observatori Negara Langkawi (ONL) Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) pada 1 Mac 2025, pukul 7.43 malam. Lokasi cerapan di ONL MYSA, Langkawi, Kedah.
.
Alhamdulillah, dengan penuh kesyukuran kita diberi peluang untuk bertemu sekali lagi dengan bulan yang penuh keberkatan, Ramadan Al-Mubarak. Semoga setiap detik dalam bulan mulia ini membawa keberkatan dan rahmat-Nya kepada kita semua.