MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

PENJAJARAN PLANET PADA AWAL JANUARI SEHINGGA PERTENGAHAN FEBRUARI 2025
TM PENJAJARAN PLANET PADA AWAL JANUARI SEHINGGA PERTENGAHAN FEBRUARI 2025

Penjajaran planet (planetary parade / planetary alignment) merupakan satu fenomena di mana terdapat beberapa planet yang dapat dilihat seakan-akan membentuk garisan lurus di langit dari perspektif pemerhati di Bumi. Peristiwa ini berlaku pada awal Januari 2025 dan akan dapat dilihat sehingga pertengahan bulan Februari 2025. Waktu yang sesuai untuk melihatnya adalah selepas maghrib atau matahari terbenam sehingga sekitar pukul 9.00 malam. Planet-planet yang dapat dilihat dengan mata kasar adalah Zuhrah di langit barat (paling terang), Zuhal (di sebelahnya), Musytari (hampir tegak di atas kepala) dan Marikh di langit timur.

Walau bagaimanapun, kenampakan planet tersebut amat bergantung kepada keadaan cuaca semasa. Terdapat juga planet Uranus pada masa tersebut tetapi ia hanya dapat dilihat dengan menggunakan alat bantuan optik seperti teleskop. Pemerhati boleh menggunakan perisian seperti Sky Map, Sky Safari, Stellarium dan aplikasi peta bintang dalam telefon pintar bagi mengetahui kedudukan planet-planet ini ada di langit malam.

Imej penjajaran planet ini telah dirakam dengan menggunakan kamera All-Sky di Observatori Negara Langkawi (ONL) pada 20 Januari 2025, pukul 8.18 malam, waktu Malaysia.

.
#MYSA #MOSTI
#merakyatkansains #menginsankanteknologi #MengarusperdanakanInovasi 

Skip to content