MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

ISTIQBAL MARIKH (MARS OPPOSITION) PADA 16 JANUARI 2025
TM ISTIQBAL MARIKH (MARS OPPOSITION) PADA 16 JANUARI 2025
TM A ISTIQBAL MARIKH (MARS OPPOSITION) PADA 16 JANUARI 2025
TM B ISTIQBAL MARIKH (MARS OPPOSITION) PADA 16 JANUARI 2025
TM C ISTIQBAL MARIKH (MARS OPPOSITION) PADA 16 JANUARI 2025
Marikh adalah sebuah planet batuan dan merupakan planet keempat dari Matahari selepas Bumi. Saiznya adalah hampir separuh daripada saiz Bumi. Marikh juga dikenali sebagai β€˜Planet Merah’ kerana warna permukaannya yang kemerahan apabila dilihat di langit. Marikh mempunyai 2 bulan iaitu Phobos dan Deimos.
.
Semasa fenomena istiqbal ini, permukaan Marikh yang menghadap Bumi akan disinari sepenuhnya oleh Matahari serta boleh dilihat dengan lebih terang dan lebih besar berbanding ketika ia berada pada kedudukan lain. Ia juga akan kelihatan sepanjang malam di buruj Gemini pada jarak sekitar 1.53 unit astronomi (AU) dari Matahari dan hampir 0.64 AU dari Bumi. Diameter ketara Marikh sebanyak 14.5 saat arka dan magnitud ketara (kecerahan) Marikh dijangka sekitar -1.4 pada kedudukan istiqbal ini.
.
Sepanjang Januari sehingga April 2025, planet Marikh akan kelihatan di langit malam di ufuk timur selepas Matahari terbenam (waktu maghrib) dan kenampakannya semakin menghala ke arah barat sehingga sebelum Matahari terbit. Sekiranya cuaca mengizinkan, anda boleh memerhatikan planet Marikh menggunakan mata kasar sahaja dengan menghadap ke ufuk timur yang bebas daripada sebarang halangan pada awal malam. Marikh akan kelihatan sebagai titik yang terang kemerahan dan tidak berkelip. Sekiranya anda ingin memerhatikan permukaan Marikh yang berwarna merah serta litupan ais kutub (polar ice cap) yang berwarna putih, penggunaan teleskop adalah digalakkan.
.
Planet Marikh akan mengalami istiqbal dalam tempoh setiap 26 bulan. Kali terakhir ia berada pada kedudukan istiqbal ialah pada 8 Disember 2022 dan seterusnya akan terjadi semula pada 19 Februari 2027.
.
𝗑𝗒𝗧𝗔 π—žπ—”π—žπ—œ
β–ͺBuruj Gemini – sekumpulan bintang yang kedudukannya membentuk imej seperti sepasang kembar.
β–ͺUnit Astronomi (Astronomical Unit / AU) – jarak purata di antara Matahari dan Bumi. 1 AU bersamaan dengan 1.5 x 10^8 km.
β–ͺDiameter ketara – diameter sudut jasad samawi dalam sebutan minit arka dan saat arka.
β–ͺMagnitud ketara – kecerahan sesuatu objek di langit malam.
Skip to content