MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

FENOMENA GERHANA BULAN PENUH “BLOOD MOON” 2025
TFENOMENA GERHANA BULAN PENUH "BLOOD MOON" 2025
TM A FENOMENA GERHANA BULAN PENUH "BLOOD MOON" 2025
TM B FENOMENA GERHANA BULAN PENUH "BLOOD MOON" 2025
TM C FENOMENA GERHANA BULAN PENUH "BLOOD MOON" 2025
TM D FENOMENA GERHANA BULAN PENUH "BLOOD MOON" 2025
TM E FENOMENA GERHANA BULAN PENUH "BLOOD MOON" 2025
𝐒𝐄𝐌𝐔𝐀 𝐃𝐈𝐉𝐄𝐌𝐏𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐃𝐈𝐑 𝐊𝐄 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐂𝐄𝐑𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐆𝐄𝐑𝐇𝐀𝐍𝐀 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐇:
🗓️ Tarikh: 7 – 8 September 2025 (Ahad – Isnin)
⏰ Masa: 10.00 malam – 5.00 pagi
📍 Lokasi: MAHA Tower, Langkawi, Kedah
⚫ Anjuran: Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dengan kerjasama Maha Tower dan Tourism Malaysia Northern Region Tourism Malaysia.
 
🔭 Rasai pengalaman mencerap fenomena langit yang menakjubkan
🎇 Perkongsian ilmu astronomi
🎯 Lokasi cerapan turut diadakan di seluruh Malaysia. Rujuk poster untuk senarai lokasi berhampiran anda.
👌Pencerapan tertakluk kepada keadaan cuaca.
🔗Penstriman langsung di Facebook MYSA
——————-
Fenomena Gerhana Bulan Penuh akan dapat disaksikan pada 7 – 8 September 2025, bermula pukul 11.28 malam hingga 4.55 pagi waktu Malaysia. Fasa Gerhana Bulan Penuh:
🌑 Fasa Penumbra bermula: 11.28 malam
🌓 Fasa Separa bermula: 12.26 pagi
🌕 Fasa Penuh bermula: 1.30 pagi
🌕✨ Fasa Penuh Maksima: 2.11 pagi
🌕 Fasa Penuh berakhir: 2.53 pagi
🌓 Fasa Separa tamat: 3.56 pagi
🌑 Fasa Penumbra tamat: 4.55 pagi
 
🌕 Fenomena Gerhana Bulan Penuh pada 7 – 8 September 2025 akan berlaku 2.7 hari sebelum Bulan berada pada kedudukan yang dekat dengan Bumi (perigee) iaitu pada jarak 364,773 km dengan saiz sebanyak 33.4 arc minit. Gerhana Bulan berlaku apabila Bumi berada pada kedudukan di antara Matahari dan Bulan menyebabkan bayang-bayang Bumi menutupi Bulan. Bulan akan kelihatan berwarna merah/jingga Ketika kemuncak Gerhana Bulan Penuh. Ini disebabkan oleh pembiasan cahaya Matahari oleh atsmosfera Bumi. Gerhana ini juga dikenali sebagai Blood Moon.
 
🌍 Gerhana penuh ini boleh disaksikan di Eropah, Afrika, Asia, Australia, dan New Zealand. Di Malaysia, keseluruhan fasa dapat dilihat dengan jelas (bergantung kepada keadaan cuaca), sama ada dengan mata kasar, binokular atau teleskop.
 
Keseluruhan gerhana kali ini (tidak termasuk fasa gerhana penumbra) akan mengambil masa selama 3 jam 30 minit dan fasa Gerhana Bulan Penuh akan terjadi selama 1 jam 22 minit.
Skip to content