๐๐๐ฆ๐ฎ๐ง๐๐๐ค ๐๐๐ง๐จ๐ฆ๐๐ง๐ ๐ข๐ง๐ข ๐๐ข๐ฃ๐๐ง๐ ๐ค๐ ๐๐๐ซ๐ฅ๐๐ค๐ฎ ๐ฉ๐๐๐ ๐ฅ๐๐ฐ๐๐ญ ๐ฆ๐๐ฅ๐๐ฆ ๐๐ ๐๐ ๐จ๐ฌ ๐ก๐ข๐ง๐ ๐ ๐ ๐๐ฐ๐๐ฅ ๐ฉ๐๐ ๐ข ๐๐ ๐๐ ๐จ๐ฌ ๐๐๐๐, ๐๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐ง๐ ๐ ๐๐ซ๐๐ง ๐ฌ๐๐ก๐ข๐ง๐ ๐ ๐ ๐๐๐ ๐ฆ๐๐ญ๐๐จ๐ซ ๐๐๐ฉ๐๐ญ ๐๐ข๐ฅ๐ข๐ก๐๐ญ ๐๐๐ฅ๐๐ฆ ๐ฌ๐๐ญ๐ฎ ๐ฃ๐๐ฆ.

Tahun ini, kemuncak fenomena ini dijangka berlaku pada lewat malam 12 Ogos hingga awal pagi 13 Ogos 2025, dengan anggaran sehingga 100 meteor dapat dilihat dalam satu jam. Namun, bagi pemerhati di Malaysia, kenampakan mungkin tidak begitu jelas kerana kehadiran Bulan dalam fasa sukuan akhir (waning gibbous), yang boleh menyebabkan langit menjadi lebih cerah dan mengurangkan bilangan meteor yang kelihatan.
ย
๐ง๐ถ๐ฝ๐ ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐ฏ๐ผ๐น๐ฒ๐ต ๐ฑ๐ถ๐ด๐๐ป๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐ป๐๐๐ธ ๐บ๐ฒ๐ป๐ฐ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ฝ ๐๐๐ท๐ฎ๐ป ๐ ๐ฒ๐๐ฒ๐ผ๐ฟ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐๐ฒ๐ถ๐ฑ๐:

Pilih lokasi gelap โ jauhkan diri dari pencemaran cahaya bandar, cari kawasan terbuka seperti taman atau pinggir bandar.

Pastikan pencerapan dilakukan di kawasan yang lapang dan tiada halangan seperti bangunan tinggi, pokok atau rumah.

Cuba dapatkan permandangan langit yang luas.

Sesuaikan mata dengan tahap kegelapan selama 15 – 20 minit.

Tidak perlu fokus ke arah buruj Perseus sahaja untuk melihat meteor-meteor ini. Ia boleh muncul dari pelbagai arah dan pada bila-bila masa.
ย
๐ก๐ข๐ง๐ ๐๐๐๐

Komet โ pepejal gabungan antara batuan debu dan ais yang tersebar apabila mengorbit mendekati matahari.

Perseus โ buruj di langit utara. Ia terletak di antara buruj Auriga dengan buruj Cassiopeia. Mirfak adalah bintang yang paling terang di Persues dan saiznya lebih besar daripada Matahari.

Meteor โ Cahaya di langit akibat batu angkasa terbakar dalam atmosfera. Ia juga dikenali sebagai โtahi bintangโ.

Hujan meteor โ berlaku apabila banyak meteor muncul di langit dalam satu malam atau selang beberapa malam. Ia berlaku apabila Bumi melintasi laluan serpihan yang ditinggalkan oleh komet.

Fireball โ meteor yang besar atau masuk dengan kelajuan tinggi ke atmosfera Bumi, menghasilkan cahaya yang sangat terang. Kadangkala boleh menerangi seluruh kawasan sekeliling seperti kilat.
ย