
𝟰 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟱

𝗕𝘂𝗺𝗶 𝗱𝗶 𝗞𝗲𝗱𝘂𝗱𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗔𝗽𝗵𝗲𝗹𝗶𝗼𝗻
Bumi berada di kedudukan aphelion (paling jauh dari Matahari) pada jarak 1.01664 AU

𝟭𝟱 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟱

𝗜𝘀𝘁𝗶𝘄𝗮 𝗔’𝗱𝘇𝗮𝗺
Istiwa A’dzam ialah satu fenomena astronomi di mana kedudukan matahari berada tepat di atas Kaabah di Mekah. Pada waktu tersebut, bayang-bayang objek yang tegak di permukaan bumi akan menunjukkan arah yang tepat ke Kaabah. Ini adalah salah satu daripada dua kesempatan dalam setahun untuk memeriksa arah kiblat dengan ketepatan maksimum tanpa memerlukan alat tambahan.

𝟮𝟵 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟱

𝗛𝘂𝗷𝗮𝗻 𝗠𝗲𝘁𝗲𝗼𝗿 𝗦𝗼𝘂𝘁𝗵𝗲𝗿𝗻 𝗗𝗲𝗹𝘁𝗮-𝗔𝗾𝘂𝗮𝗿𝗶𝗱𝘀
Fenomena Hujan Meteor Southern Delta-Aquarids mula aktif dan boleh dilihat pada pertengahan Julai hingga pertengahan Ogos dengan kemuncak berlaku 29 Julai 2025 dengan kemungkinan sehingga 20 meteor sejam. Kenampakan hujan meteor lebih baik selepas tengah malam kerana Bulan telah pun terbenam.
**Waktu kejadian sebenar mungkin akan berbeza dengan waktu simulasi.
**Waktu kejadian dalam Kalendar Astronomi dijana mengikut lokasi Kuala Lumpur.