MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

PENGHIJABAN ELNATH OLEH BULAN (LUNAR OCCULTATION OF ELNATH) PADA 12 JANUARI 2025
TM PENGHIJABAN ELNATH OLEH BULAN (LUNAR OCCULTATION OF ELNATH) PADA 12 JANUARI 2025
Fenomena Penghijaban Elnath oleh Bulan (Lunar Occultation of Elnath) akan berlaku apabila Bulan kelihatan melintas di hadapan Elnath dari pandangan Bumi menyebabkan Elnath kelihatan terselindung di sebalik jasad Bulan, dan kemudian ia akan muncul semula. Fenomena tersebut boleh disaksikan dengan menggunakan teleskop. Walau bagaimanapun, kenampakan fenomena tersebut adalah sangat bergantung kepada keadaan langit semasa.
ย 
Orang ramai di Malaysia dijangka akan dapat menyaksikan Penghijaban Elnath oleh Bulan pada awal pagi 12 Januari 2025. Di Kuala Lumpur, kita berpeluang menyaksikan fenomena tersebut di langit barat pada sekitar jam *0:04 pagi dengan mulanya Elnath terselindung di belakang Bulan dan kemudian Elnath akan kelihatan semula sepenuhnya pada sekitar jam *1:37 pagi. Ketika fenomena tersebut berlaku, Bulan berada dalam fasa hampir purnama (~93.86%). Justeru, cahaya Bulan yang terang akan menyukarkan kenampakan penghijaban ini dengan mata kasar. Penggunaan binokular atau teleskop adalah disarankan.
ย 
Pemerhati boleh menggunakan aplikasi astronomi seperti TheSky, SkySafari, Stellarium dan lain-lain untuk melakukan simulasi sendiri di lokasi masing-masing dan mendapatkan anggaran waktu fenomena tersebut berlaku.
*๐˜ž๐˜ข๐˜ฌ๐˜ต๐˜ถ ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ต๐˜ถ๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข ๐˜ญ๐˜ฐ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ด๐˜ช ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ค๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฑ
ย 
๐—ก๐—ผ๐˜๐—ฎ ๐—ž๐—ฎ๐—ธ๐—ถ:
โ–ชPenghijaban atau โ€œOccultationโ€ bermaksud kejadian yang melibatkan sesuatu objek melintas di hadapan objek lain. Semasa fenomena ini berlaku, cahaya objek di belakang akan terlindung sepenuhnya tetapi dalam sesetengah keadaan, hanya sebahagian sahaja cahayanya yang akan terlindung.
โ–ชTahun Cahaya ialah jarak atau jauh yang dilalui oleh cahaya dalam satu tahun. 1 tahun cahaya bersamaan dengan 9.46055 x 1015 meter.
โ–ชTaurus ialah zodiak yang berlambangkan lembu jantan.
Magnitud Ketara ialah kecerahan sesuatu objek di langit malam.
ย 
Skip to content