Nebula Tapak Kaki Kucing (Cat’s Paw Nebula) atau nama rasminya NGC 6334, ialah sebuah kawasan pembentukan bintang yang besar dan aktif yang terletak di dalam buruj Skorpio kira-kira 5500 tahun cahaya dari Bumi. Warna merah yang kelihatan pada nebula ini menunjukkan gas hidrogen yang aktif (atom hidrogen ter-ion) akibat radiasi dari bintang-bintang muda yang panas di sekitarnya.
Nota Kaki: 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻 𝗰𝗮𝗵𝗮𝘆𝗮 ialah jarak atau jauh yang dilalui oleh cahaya dalam satu tahun. 1 tahun cahaya bersamaan dengan 9.46055 x 10^15 meter.