
𝟮𝟮 𝗔𝗽𝗿𝗶𝗹 𝟮𝟬𝟮𝟱

𝗨𝘁𝗮𝗿𝗶𝗱 𝗣𝗮𝗱𝗮 𝗘𝗹𝗼𝗻𝗴𝗮𝘀𝗶 𝗣𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗕𝗮𝗿𝗮𝘁
Utarid pada Elongasi Paling Barat iaitu 27.4 darjah. Utarid boleh kelihatan di langit timur sebelum Matahari terbit.
𝗛𝘂𝗷𝗮𝗻 𝗠𝗲𝘁𝗲𝗼𝗿 𝗟𝘆𝗿𝗶𝗱𝘀
Hujan Meteor Lyrids boleh dilihat mulai 14 hingga 30 April setiap tahun. Kemuncak Hujan Meteor Lyrids dijangka berlaku pada lewat malam 22 April hingga subuh 23 April 2025 dengan purata 18 meteor per jam. Kenampakan hujan meteor tersebut adalah sederhana semasa kemuncak berlaku kerana gangguan cahaya Bulan dalam fasa sukuan akhir yang terbit pada 03:03 pagi.
.
𝗡𝗼𝘁𝗮 𝗸𝗮𝗸𝗶:

Konjungsi (𝘊𝘰𝘯𝘫𝘶𝘯𝘤𝘵𝘪𝘰𝘯) merupakan fenomena nyata yang disebabkan oleh perspektif pemerhati dari Bumi iaitu dua objek cakerawala dilihat berdekatan jika dilihat dari Bumi, namun sebenarnya kedua-duanya adalah berjauhan dari satu sama lain di angkasa.

Jarak sudut ialah ukuran jarak antara objek cakerawala berdasarkan sudut dengan titik pemerhatian di Bumi. Jarak ini dinyatakan dalam bentuk darjah (°), minit arka (‘), dan minitsaat arka (“).

𝗨𝗻𝗶𝘁 𝗮𝘀𝘁𝗿𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶 (𝗔𝘀𝘁𝗿𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶𝗰𝗮𝗹 𝗨𝗻𝗶𝘁) disingkatkan sebagai AU, adalah jarak purata antara Matahari dan Bumi. 1 AU bersamaan dengan 1.5 x10^8 km
**Waktu kejadian sebenar mungkin akan berbeza dengan waktu simulasi.
**Waktu kejadian dalam Kalendar Astronomi dijana mengikut lokasi Kuala Lumpur.