Pleaides atau kelompok bintang 7, juga dikenali sebagai Messier 45 merupakan satu kumpulan bintang yang amat mudah dilihat dengan mata kasar. Jika dilihat dengan mata kasar, ia akan kelihatan seperti satu gugusan bintang kecil antara 5 hingga 6 butir yang membentuk seperti satu biji buah ceri kecil di langit malam.
. Pada malam 4 Februari, ia berada hampir tegak di atas kepala sekitar jam 8.00 malam dalam buruj Taurus, dan semakin rendah ke langit barat menjelang tengah malam. Apabila dilihat melalui teleskop dan kamera, lebih banyak bintang dalam kumpulan ini dapat dilihat dengan jelas, termasuk kepulan gas panas sekitarnya yang membentuk seperti awan. Gugusan bintang ini juga dikenali dengan nama Jula Juli Bintang 7 dalam Hikayat Melayu.