Nebula pohon krismas (Christmas Tree Nebula) atau NGC2264 (New General Catalogue) merupakan sebuah nebula dan juga gugusan bintang kluster yang terletak di dalam buruj Monoceros. Jarak nebula ini adalah sekitar 2,300 hingga 2,700 tahun cahaya dari kita di Bumi. Ini bermakna pada malam Hari Natal/Krismas ini, cahaya yang tiba dari nebula ini terhasil sekitar 2,300-2,700 tahun yang lalu.
Imej NGC2264 ini dirakam dari Observatori Negara Langkawi pada malam Krismas tahun lalu menggunakan kamera CCD ASI2600MM dan juga teleskop TMB152. Kami dari MYSA ingin mengucapkan selamat Hari Natal/Krismas kepada semua yang menyambutnya.