.
Komet 8P/Tuttle ialah komet berkala yang mengorbit Matahari sekali setiap 13.6 tahun. Ia ditemui oleh ahli astronomi Amerika Horace Parnell Tuttle pada 3 Mei 1858. Pada asalnya, ia diklasifikasikan sebagai komet keluarga planet Musytari yang bermaksud orbitnya sangat dipengaruhi oleh graviti Musytari. Komet ini mempunyai orbit yang sangat elips.
𝗧𝗶𝗽𝘀 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗱𝗶𝗴𝘂𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗲𝗿𝗮𝗽 𝗛𝘂𝗷𝗮𝗻 𝗠𝗲𝘁𝗲𝗼𝗿 𝗨𝗿𝘀𝗶𝗱𝘀:
Pastikan pencerapan dilakukan di kawasan yang lapang dan tiada halangan seperti bangunan tinggi, pokok atau rumah.
Cuba dapatkan permandangan langit yang luas.
Jauhi persekitaran yang bercahaya. Kawasan lebih gelap (tiada gangguan cahaya seperti lampu jalan raya) adalah yang terbaik.
Sesuaikan mata dengan tahap kegelapan selama 15 – 20 minit.
Tidak perlu fokus ke arah buruj Ursa Minor sahaja untuk melihat hujan meteor ini. Ia boleh muncul dari pelbagai arah dan pada bila-bila masa.
.
𝗡𝗢𝗧𝗔 𝗞𝗔𝗞𝗜:
Buruj Ursa Minor – sekumpulan bintang yang membentuk seperti seekor beruang kecil. Ia merupakan salah satu buruj yang menghiasi langit malam di hemisfera utara Bumi yang terdiri daripada 7 bintang yang utama. Ia juga di kenali sebagai “The Little Dipper” kerana kelihatan seakan-akan gayung/senduk kecil.
Meteor – atau (dikenali juga sebagai tahi bintang) jaluran cahaya terang yang kelihatan di langit malam dengan kelajuan yang pantas dan secara tiba-tiba. Ia disebabkan oleh habuk dan batu-batu kecil yang terbakar apabila ia memasuki atmosfera Bumi dalam kelajuan yang sangat tinggi.
Hujan Meteor – Fenomena astronomi sewaktu langit malam apabila beberapa meteor diperhatikan terpancar atau datang dari satu titik di langit malam.
Komet – merupakan pepejal gabungan antara batuan debu dan ais yang tersebar apabila mengorbit mendekati matahari.