MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

HUJAN METEOR GEMINIDS 2024
TM HUJAN METEOR GEMINIDS 2024
TM A HUJAN METEOR GEMINIDS 2024
TM B HUJAN METEOR GEMINIDS 2024
Hujan Meteor Geminids merujuk kepada titik kemunculan hujan meteor di langit iaitu di kawasan buruj Gemini, tetapi kemunculannya masih boleh berlaku dari pelbagai arah. Hujan meteor yang lain biasanya dikaitkan dengan komet tetapi berbeza dengan Hujan Meteor Geminids kerana ia dikaitkan dengan asteroid iaitu 3200 Phaethon.
ย 
Fenomena Hujan Meteor Geminids berlaku apabila Bumi beredar mengelilingi Matahari merentasi laluan orbit asteroid 3200 Phaethon. Asteroid 3200 Phaethon ini pada asalnya diberi nama 1983 TB dan nombor 1983 itu merujuk kepada tahun ia ditemui oleh Simon Green dan John Davis melalui imej yang berjaya dirakam oleh Infrared Astronomical Satellite (IRAS) pada 11 Oktober 1983. Nama 3200 Phaethon pula diberikan kepada asteroid tersebut pada tahun 1985.
ย 
Asteroid ini mempunyai kelebaran 6km dan mengambil masa kira-kira 1.4 tahun untuk mengorbit Matahari. Jarak terdekatnya dengan Matahari adalah kira-kira 21 juta kilometer, iaitu satu pertiga daripada jarak purata antara planet Utarid dengan Matahari. Ketika asteroid ini mendekati Matahari, keretakan terma (thermal fracturing) akan berlaku. Ia akan mengakibatkan serpihan 3200 Phaethon bertebaran di dalam orbitnya dan sebahagian serpihan tersebut akan masuk ke atmosfera Bumi pada kelajuan kira-kira 130,000km per jam dan seterusnya mengewap sebagai meteor Geminids yang berwarna-warni.
.
๐—ง๐—ถ๐—ฝ๐˜€ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฏ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต ๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ ๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ฐ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฝ ๐—›๐˜‚๐—ท๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฒ๐˜๐—ฒ๐—ผ๐—ฟ ๐—š๐—ฒ๐—บ๐—ถ๐—ป๐—ถ๐—ฑ๐˜€:
โ–ช Pastikan pencerapan dilakukan di kawasan yang lapang dan tiada halangan seperti bangunan tinggi, pokok atau rumah.
โ–ชCuba dapatkan permandangan langit yang luas.
โ–ชJauhi persekitaran yang bercahaya. Kawasan lebih gelap (tiada gangguan cahaya seperti lampu jalan raya) adalah yang terbaik.
โ–ชSesuaikan mata dengan tahap kegelapan selama 15 – 20 minit.
โ–ชTidak perlu fokus ke arah buruj Gemini sahaja untuk melihat hujan meteor ini. Ia boleh muncul dari pelbagai arah dan pada bila-bila masa.
.
๐—ก๐—ข๐—ง๐—” ๐—ž๐—”๐—ž๐—œ
โ–ชBuruj Gemini โ€“ sekumpulan bintang yang kedudukannya membentuk imej seperti sepasang kembar.
โ–ชAsteroid โ€“ satu daripada ribuan jasad kecil cakerawala yang mengelilingi Matahari, terยญutamaยญnya di antara orbit Marikh dan Musytari.
โ–ชKomet โ€“ pepejal gabungan antara batuan, debu dan ais dan debunya boleh berserakan apabila mengorbit mendekati Matahari.
Skip to content