MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

ISTIQBAL MUSYTARI 2024
TM ISTIQBAL MUSYTARI 2024
TM A ISTIQBAL MUSYTARI 2024
TM B ISTIQBAL MUSYTARI 2024
TM C ISTIQBAL MUSYTARI 2024
Selepas istiqbal, planet Musytari akan kelihatan di langit malam di ufuk timur pada waktu maghrib dan kenampakannya semakin menghala ke arah barat sehingga hujung April 2025. Jika cuaca mengizinkan, kita boleh memerhatikan Musytari menggunakan mata kasar sahaja. Musytari akan kelihatan sebagai titik yang terang dan tidak berkelip.
 
Sekiranya anda ingin memerhatikan permukaan Musytari yang unik serta 4 bulan utamanya, iaitu Ganymede, Europa, Io dan Callisto yang dikenali sebagai Galilean Moons, pencerapan menggunakan teleskop dan binokular adalah sangat digalakkan. Orang ramai juga boleh menggunakan aplikasi astronomi seperti TheSky, SkySafari, Stellarium, Sky Tonight dan lain-lain untuk menyemak waktu Musytari terbit dan terbenam di lokasi masing-masing serta mendapatkan anggaran waktu kenampakan planet tersebut.
 
Planet Musytari akan mengalami istiqbal dalam tempoh setiap 13 bulan. Kali terakhir ia berada pada kedudukan istiqbal ialah pada 3 November 2023 dan seterusnya pada 11 Januari 2026.
.
NOTA KAKI
▪︎ Buruj Taurus – sekumpulan bintang yang kedudukannya membentuk imej seperti seekor lembu jantan.
▪︎ Unit Astronomi (Astronomical Unit / AU) – jarak purata di antara Matahari dan Bumi. 1AU bersamaan dengan 1.5 x108 km.
▪︎ Diameter ketara – diameter sudut jasad samawi dalam sebutan minit dan saat arka.
▪︎ Magnitud ketara – kecerahan sesuatu objek di langit malam.
 
 
SUMBER RUJUKAN
✅️https://earthsky.org/astronomy-essentials/jupiter-at-opposition-closest-brightest-best/
✅️https://in-the-sky.org/news.php?id=20241207_12_100
✅️https://starwalk.space/en/news/what-is-opposition-in-astronomy
✅️https://www.starryhill.org/index.php?&p=starcalendar_event&year=2024&month=12&day=7&id=1573
Skip to content