MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

KALENDAR ASTRONOMI DISEMBER 2024
TM KALENDAR ASTRONOMI DISEMBER 2024
๐Ÿ”ธ๐Ÿญ ๐——๐—ถ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ๐Ÿ”ธ
๐—•๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚
Bulan memasuki fasa Bulan Baru pada 14:23.
ย 
๐Ÿ”ธ๐Ÿด ๐——๐—ถ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ๐Ÿ”ธ
๐—œ๐˜€๐˜๐—ถ๐—พ๐—ฏ๐—ฎ๐—น ๐— ๐˜‚๐˜€๐˜†๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ
Planet Musytari akan berada pada kedudukan โ€œoppositionโ€ atau dikenali sebagai istiqbal, iaitu kedudukan bertentangan dengan Matahari merujuk kepada Bumi. Semasa istiqbal, Musytari akan disinari sepenuhnya oleh Matahari dan boleh dilihat dengan lebih terang berbanding ketika ia berada pada kedudukan lain. Planet Musytari akan kelihatan di langit malam sepanjang November 2024 hingga Mac 2025.
๐—ž๐—ผ๐—ป๐—ท๐˜‚๐—ป๐—ด๐˜€๐—ถ ๐—•๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ญ๐˜‚๐—ต๐—ฎ๐—น
Bulan dan Zuhal akan kelihatan menghampiri antara satu sama lain di langit dengan jarak sudut tampak Bulan dan Zuhal dari Bumi adalah sejauh 0.4 darjah di langit barat.
๐—•๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐˜‚๐—ธ๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—บ๐—ฎ
Bulan memasuki fasa Bulan Sukuan Pertama pada 23:28.
ย 
๐Ÿ”ธ๐Ÿญ๐Ÿฎ ๐——๐—ถ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ๐Ÿ”ธ
๐—•๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ด๐—ฒ๐—ฒ
Bulan berada pada kedudukan yang paling dekat dengan Bumi iaitu pada jarak 365,358 km.
ย 
๐Ÿ”ธ๐Ÿญ๐Ÿฏ โ€“ ๐Ÿญ๐Ÿฐ ๐——๐—ถ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ๐Ÿ”ธ
๐—›๐˜‚๐—ท๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฒ๐˜๐—ฒ๐—ผ๐—ฟ ๐—š๐—ฒ๐—บ๐—ถ๐—ป๐—ถ๐—ฑ๐˜€
Hujan Meteor Geminids boleh dilihat mulai 19 November hingga 24 Disember setiap tahun. Kemuncak Hujan Meteor Geminids dijangka berlaku pada malam 13 Disember 2024 hingga awal pagi 14 Disember 2024 dengan purata 150 meteor per jam. Kenampakan hujan meteor tersebut adalah kurang baik kerana ada gangguan Bulan hampir purnama semasa kemuncak berlaku.
ย 
๐Ÿ”ธ๐Ÿญ๐Ÿฐ ๐——๐—ถ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ๐Ÿ”ธ
๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ต๐—ถ๐—ท๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ด๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—น๐—ฒ๐—ถ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฒ๐˜€ ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต ๐—•๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ป
Fenomena apabila Bulan kelihatan melintas di hadapan sebahagian Pleiades dari pandangan Bumi, iaitu sebahagian Pleiades akan kelihatan terselindung di sebalik Bulan, dan kemudian akan muncul semula.
ย 
๐Ÿ”ธ๐Ÿญ๐Ÿฑ ๐——๐—ถ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ๐Ÿ”ธ
๐—•๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐˜‚๐—ต/๐—•๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐˜‚๐—ฟ๐—ป๐—ฎ๐—บ๐—ฎ
Bulan memasuki fasa Bulan Penuh pada 17:02.
ย 
๐Ÿ”ธ๐Ÿฎ๐Ÿญ ๐——๐—ถ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ๐Ÿ”ธ
๐—ฆ๐—ผ๐—น๐˜€๐˜๐—ถ๐˜€ ๐— ๐˜‚๐˜€๐—ถ๐—บ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ท๐˜‚๐—ธ
Matahari akan berada pada kedudukan paling jauh ke selatan dari Garisan Khatulistiwa iaitu di atas Garisan Jadi (23.5ยบ Selatan) pada jam 11:28. Ia menandakan bermulanya musim panas di Hemisfera Selatan dan bermulanya musim sejuk di Hemisfera Utara. Waktu siang menjadi lebih panjang dan waktu malam menjadi lebih pendek di Hemisfera Selatan sementara waktu siang menjadi lebih pendek dan waktu malam menjadi lebih panjang di Hemisfera Utara.
ย 
๐Ÿ”ธ๐Ÿฎ๐Ÿฏ ๐——๐—ถ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ๐Ÿ”ธ
๐—›๐˜‚๐—ท๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฒ๐˜๐—ฒ๐—ผ๐—ฟ ๐—จ๐—ฟ๐˜€๐—ถ๐—ฑ๐˜€
Hujan Meteor Ursids boleh dilihat mulai 13 hingga 24 Disember setiap tahun. Kemuncak Hujan Meteor Ursids dijangka berlaku pada awal pagi 23 Disember 2024 dengan purata 10 meteor per jam. Kenampakan hujan meteor tersebut adalah kurang baik kerana ada gangguan cahaya Bulan sukuan akhir semasa kemuncak berlaku.
๐—•๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐˜‚๐—ธ๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฟ/๐—ž๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—ด๐—ฎ
Bulan memasuki fasa Bulan Sukuan Akhir pada 06:19.
ย 
๐Ÿ”ธ๐Ÿฎ๐Ÿฐ ๐——๐—ถ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ๐Ÿ”ธ
๐—•๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—”๐—ฝ๐—ผ๐—ด๐—ฒ๐—ฒ
Bulan berada pada kedudukan yang paling jauh dengan Bumi iaitu pada 404,484 km.
ย 
๐Ÿ”ธ๐Ÿฎ๐Ÿฑ ๐——๐—ถ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ๐Ÿ”ธ
๐—ž๐—ผ๐—ป๐—ท๐˜‚๐—ป๐—ด๐˜€๐—ถ ๐—•๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฝ๐—ถ๐—ฐ๐—ฎ
Bulan memasuki fasa Bulan Sukuan Akhir pada 09:29.
๐—จ๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฑ ๐—ฃ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—˜๐—น๐—ผ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—ฃ๐—ฎ๐—น๐—ถ๐—ป๐—ด ๐—•๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐˜
Utarid pada elongasi Paling Barat iaitu 22.0 darjah, Utarid boleh kelihatan di langit timur sebelum Matahari terbit.
ย 
๐Ÿ”ธ๐Ÿฏ๐Ÿญ ๐——๐—ถ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ๐Ÿ”ธ
๐—•๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚
Bulan memasuki fasa Bulan Baru pada 06:28.
.
๐—ก๐—ผ๐˜๐—ฎ ๐—ธ๐—ฎ๐—ธ๐—ถ:
โ–ช Konjungsi (๐˜Š๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ซ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ค๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ) merupakan fenomena nyata yang disebabkan oleh perspektif pemerhati dari Bumi iaitu dua objek cakerawala dilihat berdekatan jika dilihat dari Bumi, namun sebenarnya kedua-duanya adalah berjauhan dari satu sama lain di angkasa.
โ–ช Jarak sudut ialah ukuran jarak antara objek cakerawala berdasarkan sudut dengan titik pemerhatian di Bumi. Jarak ini dinyatakan dalam bentuk darjah (ยฐ), minit arka (‘), dan minitsaat arka (“).
โ–ช Waktu kejadian sebenar mungkin akan berbeza dengan waktu simulasi.
ย 
Skip to content