MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

KEMUNCAK HUJAN METEOR ORIONIDS PADA 21-22 OKTOBER 2024
TM KEMUNCAK HUJAN METEOR ORIONIDS PADA 21-22 OKTOBER 2024
TM A KEMUNCAK HUJAN METEOR ORIONIDS PADA 21-22 OKTOBER 2024
TM B KEMUNCAK HUJAN METEOR ORIONIDS PADA 21-22 OKTOBER 2024
Kenampakan hujan meteor Orionids pada tahun ini sedikit terganggu oleh cahaya Bulan yang berada dalam fasa selepas purnama. Namun begitu, kita masih berpeluang menyaksikan fenomena ini dengan menggunakan mata kasar dari lokasi yang gelap dan bebas daripada pencemaran cahaya sekiranya cuaca baik.
.
Hujan Meteor Orionids merujuk kepada titik kemunculan hujan meteor di langit iaitu di kawasan buruj Orion (Belantik), tetapi kemunculannya masih boleh berlaku dari pelbagai arah. Fenomena ini berlaku setiap tahun apabila Bumi yang beredar mengelilingi Matahari merentasi laluan orbit Komet 1P/Halley atau dikenali sebagai Komet Halley.
.
Komet Halley dianggarkan mengambil masa selama 75 hingga 76 tahun untuk melengkapkan orbitnya. Semasa komet tersebut mengorbit menghampiri Matahari, debu-debu komet terbebas disebabkan oleh proses pemejalwapan akhirnya akan berserakan dan membentuk laluan yang dipenuhi dengan sisa-sisa komet tersebut. Sisa tinggalan ini akhirnya akan memasuki atmosfera Bumi dan terbakar lalu membentuk jalur bersinar yang panjang.
.
Hujan Meteor Orionids terkenal dengan kecerahan dan kelajuannya. Ia bergerak dengan kelajuan 66 km/s ke dalam atmosfera Bumi. Meteor yang bergerak laju ini boleh meninggalkan lintasan bercahaya yang berlangsung selama beberapa saat hingga beberapa minit dan kadang-kadang boleh menghasilkan bola api yang terang.
.
𝗧𝗶𝗽𝘀 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗮𝗻𝗱𝗮 𝗴𝘂𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗲𝗿𝗮𝗽 𝗛𝘂𝗷𝗮𝗻 𝗠𝗲𝘁𝗲𝗼𝗿 𝗢𝗿𝗶𝗼𝗻𝗶𝗱𝘀:
▪️Pastikan pencerapan dilakukan di kawasan yang lapang dan tiada halangan seperti bangunan tinggi, pokok atau rumah.
▪️Cuba dapatkan permandangan langit yang luas.
Jauhi persekitaran yang bercahaya. Kawasan lebih gelap adalah yang terbaik.
▪️Sesuaikan mata dengan tahap kegelapan selama 15 – 20 minit.
▪️Tidak perlu fokus ke arah buruj Orion sahaja untuk melihat hujan meteor ini. Ia boleh muncul dari pelbagai arah dan pada bila-bila masa.
.
𝗡𝗢𝗧𝗔 𝗞𝗔𝗞𝗜
🔸Komet merupakan pepejal gabungan antara batuan, debu dan ais dan debunya boleh berserakan apabila mengorbit mendekati Matahari.
🔸Komet 1P/Halley adalah komet jangka pendek yang dapat dilihat dengan mata kasar dari Bumi setiap 75 hingga 76 tahun dan satu-satunya komet sedemikian yang mungkin dapat muncul dua kali dalam seumur hidup manusia. Kali terakhir ia muncul di bahagian dalaman Sistem Suria pada tahun 1986 dan ia dijangkakan akan muncul semula pada tahun 2061.
🔸Buruj Orion atau dikenali sebagai Buruj Belantik ialah sekumpulan bintang yang kedudukannya membentuk imej seperti seorang pemburu.
Skip to content