MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

FENOMENA GERHANA MATAHARI ANULUS PADA 2 OKTOBER 2024
TM FENOMENA GERHANA MATAHARI ANULUS PADA 2 OKTOBER 2024
TM A FENOMENA GERHANA MATAHARI ANULUS PADA 2 OKTOBER 2024
TM B FENOMENA GERHANA MATAHARI ANULUS PADA 2 OKTOBER 2024
TM C FENOMENA GERHANA MATAHARI ANULUS PADA 2 OKTOBER 2024
Pada 2 Oktober 2024, Fenomena Gerhana Matahari Anulus atau “Gerhana Cincin” akan dapat disaksikan dan dialami secara langsung di Lautan Pasifik, selatan Chile dan selatan Argentina. Sementara itu, Gerhana Matahari Separa pula akan dapat disaksikan di Amerika Selatan, Lautan Pasifik, Lautan Atlantik dan Antartika.
 
Gerhana Cincin terjadi apabila Bulan merentasi di antara Matahari dan Bumi, tetapi cakera Bulan tidak menutupi cakera Matahari sepenuhnya kerana saiz ketara Bulan adalah lebih kecil berbanding Matahari. Oleh itu, sebahagian kecil Matahari masih dapat dilihat seolah-olah melingkari Bulan yang gelap di tengah-tengahnya dan kelihatan seperti sebentuk cincin.
 
Laluan Gerhana Cincin kali ini panjang dan luas. Ia bermula ketika Matahari terbit di selatan Hawaii iaitu di Lautan Pasifik Utara dan terbenam di utara Pulau Georgia Selatan, Lautan Atlantik Selatan. Laluan Gerhana ini adalah sejauh 8,800 batu (14,163 kilometer), dengan kelebaran antara 165 dan 206 batu (265 – 331 kilometer). Ia hanya melintasi daratan di Rapa Nui (Pulau Easter), selatan Chile dan selatan Argentina.
 
Gerhana Cincin kali ini adalah Gerhana Cincin yang agak lama dengan tempoh selama 7 minit 25 saat. Magnitud gerhana (eclipse magnitude) ini ialah 0.9326. Semasa Gerhana Cincin maksimum, kira-kira 93% permukaan Matahari akan terlindung oleh cakera Bulan (eclipse obscuration).
 
Fenomena Gerhana Matahari pada 2 Oktober 2024 ini akan terjadi pada tengah malam waktu Malaysia bermula pukul 23:42:59 dan berakhir pada subuh 3 Oktober 2024, pukul 05:47:00. Gerhana Cincin maksimum pula akan terjadi pada 3 Oktober 2024, pukul 02:45:04.
 
Fenomena ini 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗗𝗔𝗣𝗔𝗧 𝗗𝗜𝗦𝗔𝗞𝗦𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 kerana laluan bayang-bayang antumbra dan penumbra Bulan tidak melalui mana-mana kawasan di Malaysia pada waktu tersebut. Walau bagaimanapun, anda boleh menonton fenomena tersebut secara langsung melalui pelbagai medium atas talian seperti https://www.timeanddate.com/…/eclipse-solar-2024-october-2
.
NOTA KAKI:
▪Magnitud gerhana (eclipse magnitude) adalah pecahan diameter sudut (angular diameter) Matahari yang dilitupi oleh Bulan. Dinyatakan dalam peratus atau pecahan perpuluhan (contoh: 50% atau 0.50).
 
▪Eclipse obscuration adalah pecahan kawasan Matahari yang dilitupi oleh Bulan. Dinyatakan dalam peratus atau pecahan perpuluhan (contoh: 50% atau 0.50).
 
Skip to content