MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

GERHANA BULAN SEPARA PADA 18 SEPTEMBER 2024
TM GERHANA BULAN SEPARA PADA 18 SEPTEMBER 2024
TM A GERHANA BULAN SEPARA PADA 18 SEPTEMBER 2024
TM B GERHANA BULAN SEPARA PADA 18 SEPTEMBER 2024
TM C GERHANA BULAN SEPARA PADA 18 SEPTEMBER 2024
Gerhana Bulan Separa ini bermula dengan fasa penumbra pada jam 08:41 pagi (waktu tempatan). Fasa separa pula bermula apabila Bulan mula memasuki bayang umbra Bumi pada jam 10:12 pagi (waktu tempatan) dan fasa gerhana separa maksimum akan berlaku pada jam 10:44 pagi (waktu tempatan). Fasa gerhana bulan separa akan berakhir pada jam 11:16 pagi (waktu tempatan) apabila Bulan keluar sepenuhnya dari umbra Bumi.
.
Gerhana penumbra masih terus berlaku sehingga jam 12:47 tengahari (waktu tempatan) apabila Bulan keluar sepenuhnya dari bayang penumbra Bumi. Keseluruhan gerhana mengambil masa 4 jam 6 minit 55.6 saat dan gerhana separa dalam tempoh 1 jam 3 minit 39.5 saat. Fenomena ini dapat disaksikan di sebahagian besar Amerika Utara, Amerika Selatan, Eropah dan Afrika.
.
Walaubagaimanapun, masyarakat di Malaysia 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗗𝗔𝗣𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗞𝗦𝗜𝗞𝗔𝗡 fenomena gerhana ini kerana Bulan berada di bawah ufuk ketika fenomena tersebut berlaku.
.
𝗡𝗼𝘁𝗮 𝗸𝗮𝗸𝗶:
▪Diameter ketara ialah diameter sudut jasad samawi dalam sebutan minit dan saat arka.
▪Shallow lunar eclipse berlaku apabila kurang daripada 10% permukaan Bulan dilitupi oleh bayang Bumi semasa Gerhana Bulan.
▪Magnitud gerhana umbra (Umbral Eclipse Magnitude) ialah pecahan diameter Bulan yang dilitupi oleh bayang umbra Bumi ketika gerhana maksimum. Ia dinyatakan dalam peratus atau pecahan perpuluhan (contoh: 50% atau 0.50). Magnitud Gerhana Umbra kurang daripada 1.0 untuk gerhana separa, kurang daripada 0.0 untuk gerhana penumbra, dan sama dengan atau lebih besar daripada 1.0 untuk gerhana penuh.
 
Skip to content