MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

ISTIQBAL ZUHAL 2024 (SATURN OPPOSITION)
TM ISTIQBAL ZUHAL 2024
TM A ISTIQBAL ZUHAL 2024
TM B ISTIQBAL ZUHAL 2024
Di langit Kuala Lumpur, planet Zuhal akan kelihatan sepanjang malam di buruj Aquarius. Ia boleh disaksikan bermula jam 08:01 malam, pada ketinggian 10° di atas ufuk timur sehingga jam 06:28 pagi keesokan harinya pada ketinggian 10° di atas ufuk barat. Pada jam 01:08 pagi, 9 September 2024, planet Zuhal akan berada di kedudukan paling tinggi iaitu pada ketinggian 79°.
 
Planet Zuhal merupakan planet keenam dari Matahari dan ia merupakan planet kedua terbesar di dalam Sistem Suria. Planet yang bergelang ini akan bersinar paling terang dengan magnitud ketara 0.6 pada masa tersebut. Jika menggunakan mata kasar, Zuhal akan kelihatan seperti titik kekuningan yang terang dan tidak berkelip. Sekiranya anda ingin memerhatikan sistem gegelang Zuhal, penggunaan teleskop adalah sangat digalakkan.
 
Orang awam juga boleh menggunakan aplikasi astronomi seperti TheSky, SkySafari, Stellarium dan lain-lain untuk menyemak waktu planet Zuhal terbit dan terbenam di lokasi masing-masing dan mendapatkan anggaran waktu kenampakan planet tersebut.
Skip to content