๐ฑ ๐ฆ๐ฒ๐ฝ๐๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฒ๐ฟ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ
๐จ๐๐ฎ๐ฟ๐ถ๐ฑ ๐ฃ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐๐น๐ผ๐ป๐ด๐ฎ๐๐ถ ๐ฃ๐ฎ๐น๐ถ๐ป๐ด ๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐
Utarid pada elongasi Paling Barat iaitu 18.1 darjah, Utarid boleh kelihatan di langit timur sebelum Matahari terbit.
๐๐๐น๐ฎ๐ป ๐ฝ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐๐ฝ๐ผ๐ด๐ฒ๐ฒ
Bulan berada pada kedudukan yang paling jauh dengan Bumi iaitu pada 406,214 km.
ย
๐ด ๐ฆ๐ฒ๐ฝ๐๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฒ๐ฟ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ
๐๐๐๐ถ๐พ๐ฏ๐ฎ๐น ๐ญ๐๐ต๐ฎ๐น
Planet Zuhal akan berada pada kedudukan โoppositionโ atau dikenali sebagai istiqbal, iaitu kedudukan bertentangan dengan Matahari merujuk kepada Bumi. Semasa istiqbal, Zuhal akan disinari sepenuhnya oleh Matahari dan boleh dilihat dengan lebih terang berbanding ketika ia berada pada kedudukan lain. Ia juga akan kelihatan sepanjang malam di buruj Aquarius pada jarak sekitar 10 AU dari Matahari dan hampir 9AU dari Bumi. Diameter ketara Zuhal sebanyak 19.2 saat arka dengan magnitud ketara (kecerahan) dijangka sekitar 0.6.
ย
๐ญ๐ญ ๐ฆ๐ฒ๐ฝ๐๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฒ๐ฟ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ
๐๐๐น๐ฎ๐ป ๐ฆ๐๐ธ๐ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐บ๐ฎ
Bulan memasuki fasa Bulan Suku Pertama pada 14:07.
ย
๐ญ๐ด ๐ฆ๐ฒ๐ฝ๐๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฒ๐ฟ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ
๐๐๐น๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ฒ๐ป๐๐ต/๐๐๐น๐ฎ๐ป ๐ฃ๐๐ฟ๐ป๐ฎ๐บ๐ฎ
Bulan memasuki fasa Bulan Penuh pada 10:35. Supermoon kedua untuk tahun 2024 iaitu Bulan kelihatan lebih besar dan cerah berbanding Bulan Penuh yang lain.
๐๐๐น๐ฎ๐ป ๐ฝ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ถ๐ด๐ฒ๐ฒ
Bulan berada pada kedudukan yang paling dekat dengan Bumi iaitu pada jarak 357,286 km.
ย
๐ฎ๐ฎ ๐ฆ๐ฒ๐ฝ๐๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฒ๐ฟ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ
๐๐พ๐๐ถ๐ป๐ผ๐ธ๐ ๐ฆ๐ฒ๐ฝ๐๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฒ๐ฟ
Matahari berada di atas garisan Khatulistiwa dan akan terbit tepat di timur dan terbenam tepat di barat. Bermulanya perubahan musim panas ke musim luruh di hemisfera utara dan perubahan musim sejuk ke musim bunga di hemisfera selatan.
ย
๐ฎ๐ฑ ๐ฆ๐ฒ๐ฝ๐๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฒ๐ฟ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ
๐๐๐น๐ฎ๐ป ๐ฆ๐๐ธ๐ ๐๐ธ๐ต๐ถ๐ฟ/๐๐ฒ๐๐ถ๐ด๐ฎ
Bulan memasuki fasa Bulan Suku Akhir pada 02:51.
.
๐ก๐ผ๐๐ฎ ๐ธ๐ฎ๐ธ๐ถ:
๐๐ผ๐ป๐ท๐๐ป๐ด๐๐ถ (๐๐ฐ๐ฏ๐ซ๐ถ๐ฏ๐ค๐ต๐ช๐ฐ๐ฏ) merupakan fenomena nyata yang disebabkan oleh perspektif pemerhati dari Bumi iaitu dua objek cakerawala dilihat berdekatan jika dilihat dari Bumi, namun sebenarnya kedua-duanya adalah berjauhan dari satu sama lain di angkasa.
๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ธ ๐๐๐ฑ๐๐ ialah ukuran jarak antara objek cakerawala berdasarkan sudut dengan titik pemerhatian di Bumi. Jarak ini dinyatakan dalam bentuk darjah (ยฐ), minit arka (‘), dan minitsaat arka (“).
Waktu kejadian sebenar mungkin akan berbeza dengan waktu simulasi.