MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

PENGHIJABAN ZUHAL OLEH BULAN PADA 24-25 JULAI 2024
TM PENGHIJABAN ZUHAL OLEH BULAN PADA 24-25 JULAI 2024
TM A TM PENGHIJABAN ZUHAL OLEH BULAN PADA 24-25 JULAI 2024
Penghijaban atau β€œOccultation” dalam bidang astronomi bermaksud kejadian yang melibatkan sesuatu objek melintas di hadapan objek lain. Semasa fenomena ini berlaku, cahaya objek yang berada di belakang akan terlindung sepenuhnya tetapi dalam sesetengah keadaan, hanya sebahagian sahaja cahayanya yang akan terlindung.
.
Penghijaban Zuhal oleh Bulan (Lunar Occultation of Saturn) merupakan fenomena apabila Bulan kelihatan melintas di hadapan planet Zuhal dari pandangan Bumi, iaitu planet Zuhal akan kelihatan terselindung di sebalik / belakang Bulan, dan kemudian ia akan muncul semula dalam tempoh tertentu. Fenomena tersebut boleh disaksikan dengan menggunakan binokular atau teleskop. Walau bagaimanapun, kenampakan fenomena tersebut adalah sangat bergantung kepada keadaan langit semasa.
.
Orang ramai dijangka akan dapat menyaksikan Penghijaban Zuhal oleh Bulan pada 24 – 25 Julai 2024 di sebahagian negara-negara di Afrika dan Asia termasuk Semenanjung Malaysia. Ketika fenomena tersebut berlaku, Bulan berada dalam fasa hampir purnama (~85%). Di Kuala Lumpur, kita berpeluang menyaksikan fenomena tersebut sekitar jam 4:07 pagi dengan mulanya Zuhal terselindung di belakang Bulan di langit selatan dan kemudian Zuhal akan kelihatan semula di sebelah Bulan sekitar jam 4:54 pagi (waktu bergantung kepada lokasi pencerap).
.
Pemerhati boleh menggunakan aplikasi astronomi seperti TheSky, SkySafari, Stellarium dan lain-lain untuk melakukan simulasi sendiri di lokasi masing-masing dan mendapatkan anggaran waktu fenomena tersebut berlaku.
Skip to content